Guna 'Orang Dalam' Tidak Jamin Dapat Jawatan Sektor Awam

Diterbitkan: Khamis, 27 November 2014 4:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem kurang bersetuju dengan persepsi kononnya terdapat penglibatan 'orang dalam' atau lebih dikenali sebagai 'cable' untuk memudahkan pemohon mendapatkan jawatan dalam sektor awam.

Menurutnya, walaupun perkara itu ada kebenarannya, tetapi ia tidak semudah yang didakwa sesetengah pihak.

"Apa yang disebut 'its not that what you know, but whom you know' (bukan berkaitan apa yang anda tahu tetapi siapa yang anda kenali) untuk mendapatkan kerja itu memang ada kebenarannya.

"Tetapi kita harus ingat, untuk mendapat pekerjaaan khususnya dalam perkhidmatan awam, pemohon harus melalui temuduga oleh lebih seorang penemuduga dan kadang kala sehingga lima penemuduga terlibat," katanya pada sesi soal jawab Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) yang menyuarakan kebimbangan kalangan graduan bahawa terdapat 'orang dalam' yang membantu memudahkan pemohon untuk mendapat jawatan dalam sektor awam.

Menurut Riot, kementerian akan terus memainkan peranan sebagai pemadan antara graduan dan majikan melalui pelbagai program seperti Program Penempatan Pekerjaan (3P) dan penjodohan pekerjaan melalui Pusat JobsMalaysia.

Pada 2012, terdapat 51,835 siswazah menganggur dan jumlah itu meningkat kepada 53,282 tahun lepas.

Tags / Kata Kunci: Dewan Rakyat , Orang Dalam

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan