Hanya MAS Bayar Pampasan Kepada Waris Mangsa MH370 Setakat Ini

Diterbitkan: Khamis, 27 November 2014 5:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya Malaysia Airlines (MAS) yang akan membayar pampasan kepada keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lepas, setakat ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata jumlah pampasan yang akan dibayar kepada keluarga mangsa dinilai berdasarkan Montreal Convention 1999 dan pembuktian kerugian yang ditanggung setiap penumpang.

"Namun, MAS menawarkan wang pendahuluan pampasan berjumlah US$50,000 sebagai sebahagian daripada bayaran pampasan penuh kepada setiap waris dan keluarga penumpang selepas kesemua dokumen sokongan yang diperlukan dikemukakan oleh waris dan keluarga penumpang," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau menjawab soalan Mohamed Hanipa Maidin (PAS-Sepang) yang meminta Liow menjelaskan sama ada kerajaan atau MAS ada membayar apa-apa pampasan kepada keluarga mangsa MH370, dan berapa jumlahnya. 

Liow berkata sebanyak RM32.6 juta dibelanjakan kerajaan setakat ini bagi menampung kos operasi mencari dan menyelamat susulan kehilangan pesawat Boeing 777 itu.

Pesawat MH370 dengan 227 penumpang 12 anak kapal dalam perjalanan ke Beijing apabila ia hilang kira-kira sejam selepas memulakan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac lepas.

Tags / Kata Kunci: pampasan waris mangsa , MH370

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan