Akta Keharmonian Nasional Perlu Dipertimbang Semula - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 27 November 2014 5:23 PM

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menurunkan tandatangan pada buku '11 Pidato Terpilih Najib Razak' selepas merasmikannya sempena Perhimpunan Agung Umno ke-68 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada, Khamis. Turut kelihatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri). -Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kerajaan perlu mempertimbangkan semula cadangan menggubal Akta Keharmonian Nasional setelah Perdana Menteri mengumumkan mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Timbalan Perdana Menteri berkata ini kerana timbul persoalan sama ada Akta Keharmonian itu diperlukan kerana Akta Hasutan yang dikekalkan mempunyai tujuan yang sama iaitu bagi mengekalkan aspek keharmonian rakyat.

"Cuma persoalannya sama ada ia memerlukan akta baharu seperti Akta Keharmonian dan sebagainya itu harus dikaji oleh pihak kerajaan," katanya dalam sidang media selepas ucapan dasar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Perhimpunan Agung Umno 2014 di sini, Khamis.

Bagaimanapun, beliau berkata sehingga kini belum ada sebarang draf atau rangka penggubalan Akta Keharmonian itu.

Cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 dikemukakan buat kali pertama oleh Perdana Menteri pada Julai 2012. Ia berhasrat menggantikannya dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. 
 
Tujuan akta baharu itu adalah bagi mencari mekanisme untuk menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan di Malaysia. 

Bagaimanapun cadangan itu mendapat berbagai pandangan daripada pelbagai pihak khususnya yang mahu Akta Hasutan itu dikekalkan.

Dalam ucapan dasar presiden pagi tadi, Najib mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 itu dikekalkan dan diperkukuhkan bagi melindungi ketenteraman negara.

Katanya, akta itu juga akan dipinda untuk memasukkan dua peruntukan penting iaitu melindungi kesucian agama Islam serta agama lain dan tindakan terhadap sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia. 




iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan