PAU 2014: Akta Hasutan Sudah Cukup - Komponen BN

Diterbitkan: Khamis, 27 November 2014 3:53 PM

Barisan pemimpin komponen BN turut hadir bagi mendengar ucapan dasar presiden pada PAU 2014, Khamis

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan memperkukuhkannya menerusi peruntukan baharu disifatkan sudah mencukupi bagi mengekalkan keharmonian dan ketenteraman negara.

Dua peruntukan baharu dalam akta berkenaan ialah melindungi kesucian Islam serta agama lain dan tindakan terhadap sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Wakil parti komponen Barisan Nasional (BN) bersetuju langkah mengekalkan akta itu untuk melindungi negara berbilang kaum dan agama ini daripada dicemari pihak tertentu.

Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Tan Sri M Kayveas berkata, pengekalan Akta Hasutan dan penambahan peruntukan baharu itu akan memberi suatu penjelasan dengan teliti kepada pihak tertentu yang selalu menggunakan kenyataan sensitif sehingga menimbulkan banyak kesulitan antara kaum.

Ini katanya, termasuk isu hasutan supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Tambahnya, Malaysia sebenarnya adalah negara yang mempunyai perpaduan, kemakmuran dan kesejahteraan.

"Saya rasa sekiranya kita mengekalkan keharmonian dan solidariti kita maka tidak perlulah satu lagi Akta Harmoni dan sebagainya.

"Kita ada akta (hasutan) untuk melarang mereka supaya jangan melampaui batas. Tetapi ia sebagai peringatan kepada pihak tertentu yang mahu memberi gambaran bahawa Malaysia adalah negara berbilang kaum yang bermasalah. Oleh itu, jika ada yang melampaui batas maka gunalah Akta Hasutan," katanya.

Ditanya adakah Najib memungkiri janjinya sebelum ini untuk memansuhkan Akta Hasutan, Kayveas berkata, pengekalan akta itu adalah keputusan semasa.

"Ia bukan mungkir janji kerana kita nampak Akta Hasutan pada masa itu perlu dimansuhkan atau dikekalkan tetapi keadaan sekarang dah lain, mereka melihatnya supaya ia dipinda dan ambil masa bagi membuat keputusan yang bernas untuk mengekalkannya," katanya.

Najib sebelum ini mengumumkan bahawa Akta Hasutan akan dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Teo Chee Kang berkata, bagi melindungi pluralisme dan negara berbilang kaum, semua kaum dan agama perlu menghormati antara satu sama lain.

"Saya mengalu-alukan jaminan yang dibuat oleh perdana menteri untuk mewujudkan peruntukan bagi mengelakkan penghinaan terhadap agama Islam dan agama lain. Saya rasa ia sangat adil.

"Saya mendapatkan pandangan secara umum daripada orang Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung, dan orang Sabah dan Sarawak di dua negeri itu, saya tidak fikir majoriti mereka mahu keluar dari Malaysia.

"Saya percaya pihak tertentu yang menghasut orang Sabah dan Sarawak supaya keluar dari Malaysia mempunyai agenda lain tetapi mempergunakannya untuk menuntut lebih lagi dari Malaysia Timur," katanya.

Sementara itu, Presiden Parti Makkal Sakthi Malaysia (PMSM), Datuk R S Thanenthiran pula berkata, keputusan sebagai satu pertimbangan yang wajar kerana Malaysia merupakan sebuah negara unik yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Saya berpendapat kita masih memerlukan Akta Hasutan pada masa ini," katanya. 


Tags / Kata Kunci: Akta Hasutan , Kayveas , BN

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan