PAU 2014: War Room Nadi Pemuda Umno

Diterbitkan: Rabu, 26 November 2014 6:13 PM

(Ubah saiz teks)

PANDANGAN, teguran dan kritikan kepimpinan tertinggi dan ahli akar umbi terhadap Pemuda Umno dilihat sebagai amaran tegas yang perlu diberi perhatian khusus

Mengakui kebanyakkan teguran itu menjadi masalah yang perlu dibendung dalam Umno, Naib Ketua Pemuda Umno, KHAIRUL AZWAN HARUN berkongsi pandangannya bersama mStar Online  mengenai langkah segera yang perlu diambil oleh kepimpinan Umno.

S1: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan kekecewaannya terhadap jentera Umno di semua peringkat. Sejauh mana kebenarannya dan apa pelan tindakan?

J: Ya, mungkin dalam tempoh setahun lebih ini kita nampak lesu, tapi sebenarnya kita mempunyai perancangan yang tersendiri.

Mulai tahun hadapan kita menggerakkan war room di setiap Pemuda Umno Bahagian. Tahun hadapan juga akan menjadi tahun untuk kita menambah keahlian. Bukan selama ini kita tak buat, tapi tahun hadapan kita ada satu program khusus untuk tambah ahli.

Kita juga sahut baik penambahbaikkan yang dibuat oleh pucuk pimpinan iaitu untuk tambah ahli melalui pendaftaran online. Pemuda Umno juga akan menggerakkan pendaftaran pengundi muda dengan lebih banyak dan aktif.

S2: Peranan Pemuda Umno untuk menjadi juara isu semasa dilihat diambil alih oleh NGO. Sejauh mana kebenaran pandangan ini?

J: Umno parti yang siasah. Jadi kita ada tugasan tersendiri. Malah NGO pun ada tugasan masing-masing.

Kita ada report card sendiri dan begitu juga mereka. Tapi apa yang lebih penting ialah report card kita adalah keputusan pilihan raya, report card mereka bukan keputusan pilihan raya.

S3: Bagaimana Pemuda Umno akan mainkan peranan untuk tukar persepsi bahawa Umno hanya juara kampung? Apa langkah untuk tarik minat pengundi bandar?

J: Sebab itu kita mempunyai war room dan melaluinya kita ada statistik. Kita juga sedar hari ini generasi bandar terutama Melayu berumur 40 tahun ke bawah, 70 peratus daripadanya berada di kawasan bandar.

Sebab itu program-program yang kita anjurkan adalah untuk menangani isu-isu yang kita hadapi sekarang. Kita anjurkan pelbagai program untuk dekati mereka seperti job fair, program rumah pertamaku, dan yang terbaharu kita cadangkan skim kenderaan pertamaku.

Jadi Pemuda Umno hari ini bersifat lebih progresif mencari penyelesaian untuk orang muda dan kita dapat lihat sebenarnya orang muda Melayu menerima wadah Pemuda Umno sebagai saluran yang boleh bawa penyelesaian.

S4: Walaupun Pemuda Umno melakukan pelbagai cara untuk orang muda, mengapa masih ada yang seolah-olah takut dengan Umno?

J: Ini berlaku kerana sikap keterbukaan kita yang tak dibuat secara bersungguh-sungguh di setiap peringkat kepimpinan. Kalau kita bandingkan dengan pembangkang, ramai pemimpin mereka tak kira senior atau yang muda, mereka lebih terbuka. Mereka boleh mengkritik dan sanggup dikritik.

Bagi kita dalam Umno, tepuk dada tanya selera sama ada kita hanya nak mengkritik tapi tak sanggup dikritik atau tidak. Harus diingat bahawa generasi muda mempunyai ideolisme baharu yang nak lihat sejauh mana keterbukaan dalam Umno yang akhirnya boleh menarik minat mereka.

S5: Pandangan anda tentang budaya warlord yang sentiasa dikaitkan dengan Umno untuk mengekalkan kuasa.

J: Budaya ini tak sesuai. Kalau ada warlord lagi, Umno akan hancur. Ingin saya tegaskan, kalau warlord masih ada dalam Umno, Umno akan hancur.


Tags / Kata Kunci: Naib Ketua Pemuda Umno , teguran , war room

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan