Video Kekejaman IS Akan Ditayangkan Di PAU

Diterbitkan: Rabu, 26 November 2014 6:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Video dan foto kekejaman kumpulan militan Islamic State (IS) akan ditayangkan kepada perwakilan semasa sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2014, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ia bagi memberi peringatan bahawa ancaman kumpulan militan itu benar-benar wujud dan perlu dicegah.

"Kita nak tunjuk yang kalau tak bersatu-padu inilah jadinya. Ancaman ini adalah benar. Jika mereka boleh membunuh orang Islam, mereka juga boleh membunuh bukan Islam. Inilah yang kita mahu cegah daripada berlaku di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan pemimpin Hamas di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Rabu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian bagi mengulas Kertas Putih 'Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State (IS)' yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada Rabu.

Kertas Putih itu antara lain mencadangkan undang-undang baharu bagi membanteras pembabitan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan dan keganasan, selain memperkasakan beberapa undang-undang keselamatan sedia ada.

Jelas Ahmad Zahid, penayangan video dan gambar kekejaman IS itu bukanlah bertujuan menakut-nakutkan rakyat, sebaliknya mahu mereka sedar akan bahaya yang boleh dicetuskan kumpulan militan berkenaan.

Katanya ini kerana IS bekerjasama dengan kumpulan militan di selatan Filipina, Abu Sayyaf, dan telah berbai'ah mengenainya.

Sementara itu ketika ditanya tentang dakwaan wujudnya percanggahan pendirian antara presiden dan timbalan presiden Umno berkaitan isu sekolah satu aliran, Ahmad Zahid menafikan perkara itu.

Beliau berkata apa yang dimahukan Tan Sri Muhyiddin Yassin bukanlah mewujudkan sistem persekolahan satu aliran, sebaliknya kembali kepada sistem pendidikan nasional yang termaktub dalam Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib.

"...untuk menjadikan institusi persekolahan sebagai institusi yang mengintegrasikan rakyat Malaysia keseluruhannya. Dan ini tidak bermakna bahawa sekolah alirannya pelbagai, dijadikan satu aliran," jelas Ahmad Zahid.

Beliau berkata Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, mahu Bahasa Melayu diperkasakan sebagai bahasa perpaduan di sekolah rendah dan menengah.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengadakan pertemuan selama sejam dengan pemimpin Hamas yang diketuai Ketua Hal Ehwal Politik Mohammad Naser bagi membincangkan isu berkaitan kebajikan dan pendidikan.

Tags / Kata Kunci: PAU , IS

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan