Hamas Minta Malaysia Suarakan Isu Palestin Di PBB

Diterbitkan: Rabu, 26 November 2014 6:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti politik Hamas pada Rabu meminta Malaysia terus memainkan peranan membawa isu-isu berkaitan Palestin ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC).

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata permintaan itu dizahirkan Ketua Hal Ehwal Politik Hamas Mohammad Naser dalam pertemuan selama sejam kedua-dua pemimpin itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata menjalinkan hubungan baik dengan Hamas dan Fatah, membolehkan seluruh rakyat di negara ini mengetahui dan bersimpati dengan tekanan yang dihadapi kedua-dua parti itu di Gaza.

"Walaupun kita menjalin hubungan dengan Hamas tetapi kita tak ketepikan Fatah dan dalam hal ini apa yang mereka minta dalam pertemuan tadi kerana Malaysia menduduki kerusi ahli tidak tetap UNSC, mereka minta supaya Malaysia membawa isu-isu Palestin di peringkat Majlis Keselamatan.

"...Dan tentunya penyampaian permintaan itu adalah daripada parti ke parti iaitu daripada Hamas ke Umno dan insya-Allah saya akan kemukakan perkara ini kepada Majlis Tertinggi Umno kerana selama ini pun, pendirian Malaysia adalah menyokong perjuangan rakyat Palestin," katanya kepada pemberita di sini.

Pada 16 Okt lepas, Malaysia dipilih menduduki kerusi tidak tetap dalam UNSC buat kali keempat bagi tempoh 1 Jan 2015 sehingga 31 Dis 2016, setelah memperoleh 187 undi daripada 192 negara anggota dalam undian sulit yang dijalankan di New York.

Malaysia menduduki kerusi tidak tetap UNSC buat kali pertama pada 1965 dan dipilih semula menyertai majlis itu pada 1989/1990. Ia menduduki kerusi itu buat kali ketiga pada 1999/2000.

Ahmad Zahid berkata selain itu, Hamas juga meminta supaya bantuan daripada Malaysia menerusi Kelab Putera Umno dapat diteruskan.

"Perlu diketahui bantuan yang disalurkan ini atas dasar perikemanusiaan," katanya.

Selain itu, beliau berkata peluang untuk rakyat Palestin menyambung pengajian di negara ini juga antara yang disentuh oleh Hamas.

"Selama ini kita bantu rakyat Palestin untuk menyambung pengajian di sini dan ada kemungkinan jika ada kemampuan kewangan yang ada pada kita, jumlah pelajar dibawa masuk lebih besar lagi.

"Ini adalah komitmen Umno bahawa Gaza perlu dibangunkan semula," katanya.



Tags / Kata Kunci: Hamas , Palestin , PBB

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan