PAU 2014: Pemuda Cadang Skim Kenderaan PertamaKu Untuk Golongan Muda

Diterbitkan: Rabu, 26 November 2014 9:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno mencadangkan kerajaan mewujudkan Skim Kenderaan PertamaKu bagi meringankan beban hutang belia dan mengelakkan golongan itu daripada menjadi muflis.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, cadangan itu dilontarkan kerana sebanyak 18 peratus daripada golongan muda kini muflis kerana gagal membayar hutang sewa beli kenderaan selain hartanah.

"Kita perlu satu inisiatif untuk membantu anak muda membeli kenderaan, meringankan beban hutang dan harap-harap mereka dijauhi daripada muflis.

"Pemuda Umno mengusulkan Skim Kenderaan PertamaKu supaya golongan muda berpendapatan kurang RM4,000 sebulan boleh membeli kenderaan pertama mereka tanpa perlu membayar cukai atau duti eksais," katanya pada ucapan dasar Perhimpunan Agung Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Khairy berkata, skim tersebut akan mengurangkan harga kenderaan khusus untuk anak muda yang membeli buat kali pertama sahaja.

"Cadangan Pemuda ini menyasarkan golongan yang memerlukan iaitu anak muda sahaja dan tidak melibatkan semua pembeli kenderaan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Perhimpunan Agung Umno

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan