PAU 2014: Ada Saja Orang Nak 'Sembelih' Saya - Shahrizat

Diterbitkan: Rabu, 26 November 2014 8:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendedahkan ada usaha untuk ‘menyembelih’ karier politiknya dalam Umno.

Bagaimanapun, Ketua Wanita Umno itu menegaskan, beliau tidak akan sesekali berundur daripada kedudukannya sekarang hanya kerana cubaan pihak tertentu untuk menjatuhkannya.

“Saya tahu ada mulut-mulut capoi yang akan cakap belakang-belakang… sebab hari-hari ada sahaja orang nak sembelih saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pengulungan Pergerakan Wanita Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu.

Malah, katanya, beliau akan terus menduduki kerusi Ketua Wanita itu selagi kuota sebanyak 30 peratus wanita memegang jawatan sebagai pembuat dasar tidak dipenuhi.

"Saya tidak akan letak jawatan selagi 30 peratus wanita tidak memegang jawatan dalam bidang korporat,” katanya.

Sementara itu, Shahrizat berkata, gesaan Wanita Umno supaya Akta Hasutan 1948 tidak dihapuskan tidak ada kaitan dengan agenda Melayu.

Sebaliknya, jelas beliau, ia dilakukan demi menjaga keharmonian, keselamatan dan perpaduan kaum di negara ini.

"Ada segelintir pihak kata ini agenda Melayu, ini bukan agenda Melayu, ini agenda Rakyat. Kita mesti jaga semua perkara dalam Perlembagaan termasuk bukan Melayu,” katanya.

Justeru, Shahrizat mengesa agar kerajaan mengkaji semula cadangan untuk memansuhkan akta yang disifatkan sebagai senjata terakhir dalam mempertahankan agama, institusi raja dan orang Melayu.

Tags / Kata Kunci: Shahrizat Abdul Jalil , sembelih , karier , Umno

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan