PAU 2014: Larang Guna Perkataan Islam Untuk Daftar Pertubuhan

Diterbitkan: Rabu, 26 November 2014 8:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendaftar Pertubuhan (ROS) digesa supaya tidak membenarkan pendaftaran mana-mana badan atau pertubuhan yang menggunakan perkataan Islam sewenang-wenangnya untuk membawa fahaman liberal serta mempromosikan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LBGT).

Ketua Wanita Umno Bahagian Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, langkah itu bertujuan untuk mengelak kekeliruan bercambah dalam kalangan umat Islam di negara ini.

“Tak kiralah Brothers in Islam ke, Sister in Islam ke, Mothers and Fathers in Islam ke… nama sahaja Islam tapi fahaman yang dibawa bukan Islam Ahli Sunnah Wal Jammah.

“Jika ada perkataan Islam tapi membawa fahaman liberal-plural yakni menyamakan semua agama, mempromosikan LBGT da Seksualiti Merdeka, ini tentunya bercanggah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul agama pada persidangan Wanita Umno sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Mashitah turut menyelar penggunaan istilah ‘We are all Allah’s Children' di kalangan umat Islam kini sebagaimana 'We are all God’s children’ yang dikatakan penganut Kristian.

“Ini sudah menyalahi akidah kerana Allah tidak beranak, tidak juga jadi anak orang, tidak berbapa,” katanya.

Tegas beliau, perkara sebegitu boleh mengelirukan anak-anak yang masih kurang pengetahuan dalam bidang agama.

Marshitah turut mengkritik tindakan segelintir pemimpin PAS yang bersetuju dengan pegangan sebegitu walaupun parti itu kononnya memperjuangkan agama Islam tetapi sanggup menggadaikan agam demi kepentingan politik.

“Pemimpin PAS tidak boleh marah pemimpin DAP memberi ceramah mengenai Islam, malah boleh pula mengangguk-angguk. Apabila pemimpin DAP Perak berucap dan membaca ayat Quran dengan pelat dan salah sebut, hadirin PAS pula bertakbir. Apa punya haprak,” katanya yang menyebabkan dewan gamat seketika.

Beliau berkata, pemimpin PAS turut membuat kenyataan dan pendirian yang mengaibkan umat Islam

Tags / Kata Kunci: ROS , Mashitah Ibrahim , Wanita Umno , LGBT

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan