PAU 2014: "Puteri...Tolonglah Bangkit" - Mas Ermieyati

Diterbitkan: Rabu, 26 November 2014 9:29 PM

Mas Ermieyati sebak ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada persidangan Puteri Umno, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri Umno dirayu supaya tidak leka dan segera bangkit berjuang untuk menjamin kelangsungan parti itu.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sudah semakin hampir dan parti perlu membuat persediaan dari sekarang.

"Puteri...tolonglah bangkit. Kita sudah tak ada masa," katanya dengan nada merayu ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada persidangan sayap itu sempena Perhimpunan Agung Umno 2014, Rabu.

Dalam ucapannya yang penuh syahdu di hadapan kira-kira 1,000 perwakilan itu, beliau juga menyatakan harapan supaya seluruh barisan pimpinan dan angota Puteri Umno memanfaatkan perbahasan yang berlangsung sepanjang hari.

Malah, beliau juga kelihatan sebak ketika menbacakan doa selepas selesai menyampaikan ucapan penggulungan.

Ketika ditemui di luar dewan, Ahli Parlimen Masjid Tanah itu sekali lagi mengingatkan Puteri Umno supaya semangat yang ditunjukkan di dalam Dewan Merdeka dikekalkan apabila pulang ke bahagian dan negeri masing-masing.

"Saya harap perjuangan dapat diterjemahkan selepas mereka pulang ke bahagian dan negeri masing-masing.

"Kita sudah tak ada masa sebab itu saya pesan supaya mereka melipatgandakan usaha, sama-sama capai KPI (Indeks Prestasi Utama) dan bantu parti tarik sokongan orang muda kepada Umno," katanya.

Mengenai perbahasan oleh wakil-wakil pembahas Puteri, beliau berkata secara keseluruhannya beliau berpuas hati.

Jelasnya, ini kerana setiap pembahas pada kali ini telah membuat persediaan awal, justeru mereka menunjukkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Terdahulu, dalam ucapan dasarnya pada sebelah pagi, Mas Ermieyati meluahkan perasaannya setiap kali sayap Puteri Umno sering menjadi bahan kritik dan dilabelkan dengan perkara-perkara negatif.

Katanya, sebagai ketua beliau 'terasa sakitnya', tetapi mengingatkan perwakilan supaya positif dan memandang ke hadapan.

Tags / Kata Kunci: Puteri Umno , PRU , bangkit

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan