PAU 2014: Pembahas OKU Puteri Umno Curi Tumpuan Perwakilan

Diterbitkan: Rabu, 26 November 2014 7:43 PM

Siti Huraizah (tengah) dipimpin Puteri Umno selepas membahaskan usul sosial pada sidang pergerakan itu di PWTC, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembahas jemputan mewakili Orang Kelainan Upaya (OKU) pada persidangan Puteri Umno 2014 tidak menyangka kehadirannya mendapat perhatian ahli pergerakan itu.

Peserta Biro Sahabat Puteri yang menyampaikan usul sosial menerima tepukan gemuruh dan diberi penghormatan tepukan sanjungan oleh perwakilan sebaik selesai menyampaikan hujah.

Ketika ditemui, Siti Huraizah Ruslan, 31, dengan spontan berkata, dia tidak menyangka diberi penghormatan seperti itu.

"Saya rasa gembira, bukan kerana orang bangun selepas saya berucap, tetapi kerana orang dengar apa yang saya cakap...sebab itu mereka bangun.

"Bila mereka dengar, mungkin usul saya akan diambil tindakan dan akhirnya manfaatnya diperolehi oleh semua OKU di Malaysia," katanya kepada mStar Online sebaik sahaja selesai berucap di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Huraizah yang berasal dari Kelantan dan bertugas sebagai Pembantu Perhubungan Awam Persatuan Orang-Orang Buta (MAB) berkata, beliau mengambil masa dua minggu untuk membuat persediaan dari segi intipati usul.

Katanya, tiada masalah untuk membuat cadangan kerana tugas hariannya memerlukan beliau mendengar aduan dan rintihan rakan senasib.

"Kebanyakan OKU mempunyai pendapat yang sama tapi saya tetap berkomunikasi dengan rakan lain mengenai usul yang dibawa.

"Banyak kita boleh minta tapi kita pilih apa yang jadi keutamaan dan beri manfaat kepada semua OKU," kata pemegang Ijazah Penulisan Skrip Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini.

Menerusi perbahasannya, beliau mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan Unit Keupayaan OKU ditubuhkan bagi memantau dasar dan potensi golongan OKU secara keseluruhan.

"Unit ini yang akan memantau, menilai dan memastikan setiap dasar atau peraturan yang dibuat sejajar dengan potensi OKU," katanya.

"Isu OKU ini terlalu besar. Bila kita sebut OKU bukan satu OKU yang kita kena jaga tapi kita ada kepelbagaian kecacatan yang setiap satu kategori memerlukan pemerhatian khusus bagi memperjuangkan nasib mereka kerana keperluan setiap kategori OKU adalah berbeza," tegasnya.


Tags / Kata Kunci: OKU , Biro Sahabat , Puteri Umno

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan