89 Pekerja KTMB Dibuang Kerja Kembali Bertugas

Diterbitkan: Rabu, 26 November 2014 9:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 89 kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang diberhentikan kerja kerana terlibat dalam satu piket, pada Rabu bersetuju untuk meneruskan perkhidmatan dengan menandatangani satu memorandum persetujuan.

Majlis menandatangani memorandum itu diadakan di sini secara tertutup dengan disaksikan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Mereka adalah 97 pekerja yang ditamatkan perkhidmatan pada 18 Ogos lepas setelah didapati bersalah menyertai piket yang dianjurkan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM).

Lima daripada mereka telah diambil semula selepas proses rayuan, seorang mendapat pekerjaan lain, manakala baki dua orang tidak diketahui status mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Ismail berkata kesemua 89 pekerja itu dibenarkan kembali bertugas mulai esok dengan menerima gaji serta faedah yang sama seperti sebelum diberhentikan tetapi tiada sebarang pampasan akan dibayar bagi tempoh mereka diberhentikan.

Beliau juga menegaskan pentingnya hubungan harmoni antara majikan dan kesatuan pekerja dijaga dengan baik demi kebaikan bersama.

"Kalau keharmonian ini tidak dijaga, mana-mana syarikat, organisasi atau majikan tidak akan dapat menjalankan operasi dengan baik," katanya.

Pada 9 Mei lepas, kira-kira 700 pekerja KTMB berhimpun di hadapan ibu pejabat KTMB di sini, bagi menuntut agar ditamatkan perkhidmatan Presiden KTMB Datuk Elias Kadir.

Sementara itu, Presiden RUM, Abdul Razak Md Hassan merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ismail dan Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad kerana dapat menyelesaikan masalah itu.

Tags / Kata Kunci: KTMB

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan