UPSR: Najib Minta Murid Cemerlang Hargai Jasa Guru

Diterbitkan: Rabu, 26 November 2014 9:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan murid yang meraih keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 supaya menghargai pengorbanan dan dorongan guru dan ibu bapa mereka.

Pelajar cemerlang peperiksaan UPSR yang keputusannya diumumkan hari ini turut mendapat ucapan tahniah daripada pemimpin negara itu.

"Tahniah kepada semua yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.

"Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mendidik anda, dan juga kepada ibu bapa yang memberi dorongan," kata Najib dalam catatan di laman sosial Facebooknya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof mengumumkan bahawa 36,304 calon atau 7.89 peratus daripada 460,407 calon UPSR di seluruh negara memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.


Tags / Kata Kunci: UPSR

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan