Jumlah Mangsa Banjir Di Teluk Intan Meningkat Kepada 325 Orang

Diterbitkan: Rabu, 26 November 2014 9:34 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong dekat Teluk Intan di sini, meningkat kepada 325 orang pada pukul 8 pagi ini berbanding 310 malam Selasa.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Hilir Perak, Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata, kesemua mangsa adalah daripada 97 keluarga terdiri daripada 78 dewasa lelaki, dewasa perempuan (103), kanak-kanak lelaki (71), kanak-kanak perempuan (57), bayi lelaki (12) dan bayi perempuan (empat).

"Cuaca di sini tidak hujan dan paras air banjir mencecah 3.44 meter. Pemantauan keadaan banjir di kawasan terjejas masih diteruskan," katanya ketika dihubungi Bernama Rabu.

Penduduk yang terjejas adalah daripada empat kawasan penempatan iaitu di Lorong Mesra di Batu 7; Lorong Kedah di Batu 8; Lorong di Batu 11 dan Kampung Batu 9, katanya.

Kejadian banjir yang berlaku malam tadi merupakan yang kedua melanda kawasan Changkat Jong dalam tempoh dua minggu selepas ban Sungai Bidor pecah akibat hujan lebat dan air melimpah ke kawasan penempatan.

Pada 14 November lepas, 56 orang daripada 16 keluarga yang mendiami Lorong Mesra dipindahkan ekoran banjir yang melanda kawasan Changkat Jong selepas berlakunya limpahan air Sungai Bidor susulan hujan lebat.

Bagaimanapun, kesemua mereka dibenarkan kembali ke rumah masing-masing empat hari kemudian sebelum banjir kedua melanda semula kali ini.


Tags / Kata Kunci: banjir , Changkat Jong , hujan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan