UPSR: Anak Autisme Banggakan Ibu Dengan Keputusan 5A

Diterbitkan: Rabu, 26 November 2014 5:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kecekalan seorang ibu menjaga anak yang menghidap penyakit autisme membuahkan hasil setelah anaknya itu berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan pada Rabu.

Muhammad Syahmi Asyraff Samsul Muariff, 12, murid Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II, Kuala Terengganu yang merupakan seorang daripada Calon Berkeperluan Khas (CBK) memperoleh A dalam semua lima mata pelajaran yang didudukinya.

Menurut ibunya, Hayani Zakaria, 48, beliau mula menyedari anaknya mengalami masalah berkenaan ketika berusia lima tahun selepas tidak mampu bercakap dengan lancar seperti kanak-kanak lain.

Katanya selepas itu beliau merujuk kepada doktor pakar tentang masalah yang dialami anaknya sebelum anak bongsu daripada dua beradik itu mula mengikuti pembelajaran di sekolah pendidikan khas.

"Memang terkejut apabila dapat tahu anak mengalami penyakit ini dan selepas itu saya terus memberikan sepenuh perhatian dan sentiasa memberi sokongan kepada anak istimewa ini," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

"Saya rasa berbaloi sangat dengan keputusan yang diperoleh ini walaupun dia tidak sempurna seperti pelajar lain, namun dia mampu menghadiahkan kami dengan keputusan bermakna ini," katanya.

Sementara itu Muhammad Syahmi Asyraff berkata kejayaan ini adalah hadiah kepada keluarga dan gurunya yang banyak membantu dan mendidik sehingga memperoleh keputusan cemerlang itu.

Katanya di sebalik kejayaan ini, ibunya merupakan tulang belakang dan tidak jemu menemaninya mengulang kaji pelajaran.

"Saya akan bangun seawal pukul 5 pagi untuk membuat latihan dan mengulang kaji pelajaran dan ibu sentiasa berada di sisi menemani saya," katanya.

Anak kepada pegawai bank yang bercita-cita menjadi angkasawan itu berhasrat untuk meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.
Tags / Kata Kunci: Autisme

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan