Zahid Ajak Nazri Ke Sabah Tanpa Pengawal Peribadi

Diterbitkan: Selasa, 25 November 2014 6:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjemput Datuk Seri Nazri Abdul Aziz untuk mengiringinya ke Sabah tanpa pengawal peribadi.

Menurut Zahid, Sabah kini lebih selamat apabila anggota dan pegawai polis dilantik untuk memantau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Zahid berkata demikian selepas tidak bersetuju dengan pendapat Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan itu bahawa Sabah tidak selamat untuk dilawati.

Zahid berkata, Sabah kini lebih selamat berbanding enam bulan atau setahun yang lalu.

"Saya ingin menjemput (Nazri) meneman saya ke negeri itu tanpa iringan pengawal peribadi agar beliau boleh melihat sendiri situasi di sana," kata Zahid kepada media ketika Perhimpunan Agung Umno, Selasa.
|
Zahid berkata, tempoh perintah berkurung di beberapa kawasan di Sabah disambung bagi memastikan keselamatan terjamin.

"Jika enam bulan atau setahun yang lalu, saya mungkin bersetuju dengan kenyataan Nazri itu, tetapi situasi di sana sekarang sudah berubah dan Esscom diketuai oleh pegawai polis yang berpengalaman.

"Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya sendiri yang mengarahkan perintah berkurung ini dari masa ke semasa.

"Saya juga dimaklumkan kedatangan pelancong asing, terutama dari Chima semakin meningkat. Ini menunjukkan mereka yakin dengan adanya Esscom," jelasnya.

Nazri sebelum ini berkata, Sabah masih belum selamat untuk pelancong asing dengan kes penculikan yang belum selesai serta lanjutan tempoh perintah berkurung dilanjutkan telah memberi gambaran negeri itu berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Katanya, beliau tidak akan melawat negeri tiu tanpa iringan pengawal peribadi.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , Esscom

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan