PAU 2014: "Saya Mungkin Hadir, InsyaAllah" - Tun M

Diterbitkan: Selasa, 25 November 2014 1:52 PM

Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Hashim ketika menghadiri PAU tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau akan hadir pada majlis perasmian dan mendengar ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014, Khamis ini.

Perkara itu disampaikan menerusi blognya, chedet.cc pada Selasa, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kehadirannya pada perhimpunan tahunan parti itu kali ini.

Mantan presiden Umno itu mengakui sepatutnya beliau tidak hadir pada PAU kali ini kerana akan berada di luar negara.

"Sepatutnya saya tidak hadir ke Perhimpunan Agung Umno kerana berada di luar negara.

"Tetapi kerana saya kurang sihat untuk ke luar negara, saya mungkin hadir InsyaAllah," katanya.

Beliau turut menyediakan perutusan khas yang mengingatkan pemimpin Umno supaya mengambil berat suara akar umbi, bukan hanya mendengar pandangan 'orang sekeliling' kerana ia akan merugikan parti.

Sebelum ini, pelbagai pihak membuat spekulasi bahawa keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan akan menyebabkan bekas perdana menteri itu tidak dapat menghadiri perasmian PAU 2014.

Pada usia 89 tahun, kebelakangan ini, kesihatan bekas presiden Umno itu agak terganggu berikutan cuaca yang tidak begitu baik dan ketika ini dikatakan dalam proses untuk pulih daripada batuk.

Minggu lalu, Dr Mahathir tidak dapat menghadiri tiga majlis yang lebih awal dipersetujuinya kerana kurang sihat.

Beliau juga dikatakan membatalkan beberapa temujanji minggu ini, termasuk menghadiri persidangan di Abu Dhabi dan tiga lagi di London.

Bagaimanapun, Dr Mahathir hadir pada perlumbaan kereta elektrik Formula E di Putrajaya pada Sabtu lalu, di mana ia turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sejak bersara pada 2003, kehadiran Dr Mahathir pada PAU dipantau rapi pemerhati, terutama kerana beliau dilihat masih mempunyai pengaruh kuat di kalangan ahli Umno kerana menghormati dan mengagumi kewibawaannya sebagai pemimpin.




Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir Mohamad , PAU , Umno , kesihatan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan