Madu Ghaib: Mentua Letak Dua Syarat Sebelum Restu Kahwin Lagi

Diterbitkan: Selasa, 25 November 2014 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suami penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang terpaksa bernikah di negara jiran kerana ketiadaan sijil kematian isterinya hanya berbuat demikian selepas bersetuju dengan syarat yang dikemukakan bapa mentuanya.

Dua syarat yang perlu dipenuhi lelaki berkenaan jika mahu berpoligami adalah supaya tidak mengabaikan keempat-empat anaknya dan memberikan sepenuh kasih sayang kepada mereka.

Menurut ibu lelaki tersebut, dia dan anaknya menemui keluarga isterinya, termasuk bapa mentuanya untuk memaklumkan mengenai niatnya untuk berkahwin lagi.

"Dia tidak merahsiakan pernikahannya. Saya temankan anak bertemu dengan keluarga dan bapa mentuanya. Hubungan mereka baik dan sangat akrab kerana usia perkhawinan anak dengan isterinya sudah 14 tahun.

"Keluarga besan setuju dan merestui pernikahan anak saya kerana tidak mahu empat cucu kami terabai dan sekurang-kurangnya mendapat kasih sayang seorang ibu, cuma bapa mentuanya beri dua syarat itu untuk dipenuhi," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, bapa mentua lelaki itu memberitahu portal berita ini bahawa menantunya tidak memaklumkan mengenai pernikahannya kerana bimbang akan dihalang berbuat demikian.

Jelas ibu lelaki berkenaan lagi, hubungan keempat-empat cucunya dengan menantu baharunya itu pada awalnya juga agak janggal tetapi kini mereka dapat menerima kehadiran wanita tersebut.

"Mula-mula memang agak janggal tapi sekarang mereka sudah terima. Cucu-cucu sudah reda dengan ketiadaan ibu mereka. Makcik pun sentiasa bagi semangat kepada cucu-cucu," katanya.

Malah, ibu lelaki itu yakin menantu baharunya itu dapat menjaga keperluan anak dan cucu-cucunya.

"Insya-Allah, semoga hubungan mereka berkekalan ke akhir hayat. Lagipun dia (menantu) ada anak seorang, jadi saya percaya dia akan jaga cucu-cucu saya macam anaknya sendiri," katanya.

Jelas warga tua itu, anaknya mengenali isteri baharunya itu menerusi rakan-rakan walaupun ramai yang turut mencadangkan kepadanya beberapa calon sesuai untuk dijadikan menantu.

"Ramai yang cadangkan beberapa calon kepada makcik untuk dijadikan menantu tetapi semuanya terpulang kepada anak makcik. Kalau saya pilih nanti dia tak suka macam mana, biarlah dia tentukan sendiri," katanya.

Terdahulu, sumber memberitahu mStar Online, lelaki tersebut terpaksa memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah pada awal November.

Bapa kepada empat anak itu menghadapi kesukaran kerana tidak dapat mengemukakan surat kebenaran isterinya untuk membolehkan dia bernikah kali kedua kerana sijil kematian isterinya yang belum dikeluarkan pihak berkaitan kerana status penumpang pesawat MH370 yang sehingga kini belum dimuktamadkan.

Isteri lelaki itu antara 239 penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang sedang dalam perjalanan ke Beijing apabila hilang awal pagi pada 8 Mac sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Analisis satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat ialah di selatan Lautan Hindi, barat Perth, Australia.




Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , madu ghaib , poligami , restu

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan