Lebih 400 Pasangan Muda Terpilih Untuk Sewa Rumah Transit 1Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 25 November 2014 7:47 AM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan (kanan) bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin semasa melakukan lawatan ke Rumah Transit 1Malaysia di Bukit Jalil, Isnin. Program Rumah Transit mengandungi 632 unit. Kadar sewa seunit dikenakan sebanyak RM250 sebulan bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 dan berumur 30 tahun ke bawah.
Turut kelihatan Pengarah Pelaksanaan dan Penyelanggaran Projek, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Azman Md Hashim (kiri). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 400 pasangan muda yang telah berkahwin dan berusia bawah 30 tahun telah dikenal pasti menjadi kumpulan pertama yang layak untuk menyewa rumah Program Rumah Transit 1Malaysia di Bukit Jalil di sini mulai Januari depan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kerja-kerja pengubahsuaian rumah transit pertama itu melibatkan dua blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bukit Jalil.

"Ia merangkumi 632 unit rumah masing-masing berkeluasan 650 kaki persegi dengan kadar sewaan sebanyak RM250 sebulan bagi tempoh dua tahun," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah itu dekat sini Isnin.

Beliau berkata program rumah transit ini dilihat mampu mengurangkan beban pasangan muda khususnya yang berpendapatan rendah untuk memulakan kehidupan selepas mendirikan rumah tangga.

Abdul Rahman berkata konsep rumah seumpama itu akan diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan golongan berkenaan mempunyai kemudahan perumahan secara sementara sebelum memiliki rumah tetap.

Bagi tujuan itu, pihaknya bersama Kementerian Belia dan Sukan akan memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pembangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) khusus untuk rumah transit.

Katanya beberapa lokasi PPR yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap dalam jangka masa terdekat telah dikenal pasti antaranya di Johor, Terengganu dan Sabah.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata peruntukan sekurang-kurangnya 10 peratus rumah PPR berkonsepkan rumah transit diyakini dapat memperbanyakkan bilangan rumah itu untuk disewa oleh pasangan muda.

Khairy, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno, berkata walaupun konsep itu bersifat penyelesaian jangka pendek, namun ia mampu memberi nafas lega kepada pasangan muda yang baru berkahwin untuk membina kehidupan.

Katanya sebanyak 20 pemohon terpilih akan menerima surat tawaran sewaan rumah itu pada Persidangan Pemuda Umno, Rabu ini, memandangkan ia adalah idea yang disuarakan pergerakan itu pada Perhimpunan Agung Umno tahun lepas.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan