Pelajar 16 Tahun Dapat Status Warganegara Malaysia, Mykad

Diterbitkan: Selasa, 25 November 2014 7:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar, yang disenaraikan sebagai "bukan warganegara" dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) walaupun mempunyai sijil kelahiran berjaya dalam permohonan untuk mendapatkan taraf warganegara Malaysia dan MyKad pada Selasa.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hue Siew Kheng membuat keputusan itu selepas membenarkan M. Navin, 16, yang berketurunan Malaysia-Filipina untuk mendaftar sebagai warganegara Malaysia.

Mahkamah juga mengarahkan JPN untuk mengeluarkan MyKad kepada Navin dalam tempoh sebulan mulai hari ini dan mengarahkan defendan membayar kos RM8,000 kepada Navin.

Turut hadir ialah peguam Annou Xavier yang mewakili Navin dan peguam kanan persekutuan Maisarah Juhari mewakili Ketua Pengarah JPN, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan sebagai defendan. 

Dalam penghakimannya, Hue berkata oleh kerana status ibu bapa pemohon tidak menjejaskan permohonan, keputusan surat pertama bertarikh 25 Julai, 2011 adalah menyalahi undang-undang, tidak adil dan terlalu keras.

Beliau berkata surat kedua bertarikh 26 Disember, 2012 tidak menyatakan apa-apaalasan dan ini menyebabkan prosedur tidak adil.

"Saya berpuas hati bahawa pihak defendan (JPN) menolak permohonan itu adalahtidak wajar," katanya sambil menambah bahawa di bawah Perkara 15A PerlembagaanPersekutuan, pemohon adalah warganegara Malaysia.

Beliau berkata walaupun sijil kelahiran yang dikeluarkan tidak mengandungi status "bukan warganegara", sementara dalam pasport antarabangsa menyatakan dia adalah warganegara.

Pada 17 Dis, tahun lepas, Navin, memfailkan saman pemula melalui bapanya  R.Moorthy, 40, memohon pengisytiharan bahawa anak lelakinya ialah seorang warganegara Malaysia.

Navin menamakan Ketua Pengarah JPN, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan sebagai defendan.

Dalam saman itu, Navin berkata dia dilahirkan di Klinik Sarmukh di Jalan Genting Klang di sini pada 8 Julai, 1998, dan memperoleh sijil kelahiran Malaysia.

Navin, yang menerima pelbagai anugerah penghargaan dan kepimpinan daripada sekolahnya, mendakwa bahawa dia sering diejek di sekolah mengenai statusnya dan bahawa rakan-rakannya dalam kelas menggelarnya sebagai 'orang asing'.

Dia menyatakan bahawa bapa kandungnya ialah Moorthy, seorang warganegara Malaysia sementara ibunya Marissa Novero, warga Filipina, tidak dapat dikesan.

Moorthy berkata dia membuat dua permohonan - pada 21 Julai, 2010 dan pada 17 Nov, 2011 – kepada JPN Putrajaya bagi membolehkan anaknya mendapat taraf warganegara Malaysia. 

Bagaimanapun, kedua-dua permohonan itu ditolak.

Sementara itu, Navin memberitahu pemberita kemudian bahawa dia kini gembira apabila dapat membuktikan bahawa dia bukan rakyat asing selepas menunggu selama empat tahun. 

Tags / Kata Kunci: Wargenagara malaysia , mykad

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan