Datuk Bandar London Naik ERL, LRT Dalam Lawatan Ke Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 25 November 2014 10:42 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Bandar London Boris Johnson akan menggunakan Perkhidmatan rel Express Rail Link  (ERL) dan transit aliran ringan (LRT) untuk mendapat pengalaman secara langsung dalam sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan di sini, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Victoria Treadell berkata sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Ahad, Johnson akan menaiki ERL untuk pergi ke bandar.

Beliau akan mengadakan lawatan tiga hari ke Kuala Lumpur.

Semasa lawatannya, Johnson akan bertemu rakan sejawatannya dari Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan melakukan tinjauan mesra dengan beliau di sekitar bandar sebelum menaiki LRT.

Datuk Bandar juga dijangka akan membuat lawatan ke institusi pendidikan British dan mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat terkemuka Malaysia.

Johnson juga akan menyampaikan ucaptama pada 'Khazanah Global Lecture'.

"Kami melihat belum pernah berlaku pelaburan Malaysia di UK sebelum ini, selain projek Stesen Janakuasa Battersea," kata Treadell.

"Ini adalah satu contoh yang sangat baik dari hubungan ekonomi yang menarik.

"Lawatan Datuk Bandar akan mempamerkan Kuala Lumpur dan Malaysia sebagai lokasi pelaburan yang menarik bagi syarikat-syarikat London secara lebih meluas," tambah beliau.

Johnson akan diiringi oleh wakil delegasi dari perniagaan-perniagaan London.

Lawatan itu adalah sebahagian daripada  jelajah  Asia Tenggara, termasuk Jakarta dan Singapura.
Tags / Kata Kunci: Victoria Treadell , Boris Johnson , ERL , LRT

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan