Penduduk Pulau Pinang Terbeban Akibat Kenaikan Cukai Pintu

Diterbitkan: Selasa, 25 November 2014 7:07 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Penduduk di Pulau Pinang kecewa dengan tindakan kerajaan DAP di negeri itu yang menaikkan cukai pintu sebanyak dua kali ganda bermula tahun depan berbanding sebelum ini.

Seorang juruwang, C Sundaramoorthi, 42, berkata, kenaikan itu telah membebankan penduduk terutamanya dirinya.

"Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan diperkenalkan bermula tahun depan dan sekarang cukai pintu juga dinaikkan. Tindakan ini akan membebankan pengguna dan menjadi masalah," katanya.

Tambah bapa kepada dua anak itu,  dia kini perlu merancang pembelanjaan dengan lebih terperinci termasuk persekolahan anaknya kerana bimbang tidak mampu untuk melunaskan segala cukai.

Pengarah Urusan Cinchloe Engineering Sdn Bhd, Tan Ping kwan, 38, pula berkata, dia akan merasai tekanan atau kesan kenaikan cukai pintu itu selepas dilaksanakan nanti iaitu tahun depan.

"Kenaikan itu akan memberi kesan kepada semua pemilik hartanah dan saya juga mempunyai kakitangan yang memiliki hartanah. Oleh itu kakitangan juga akan menuntut saya membayar lebih kepada mereka selepas ini.

"Sebagai majikan saya perlu menjaga kepentingan pekerja selain menanggung perbelanjaan tambahan akibat kenaikan cukai," jelasnya.


Tags / Kata Kunci: Cukai Pintu , DAP , Pulau Pinang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan