Agenda Bumiputera Mampu Hapuskan Ketidaksamaan - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 25 November 2014 10:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Agenda Bumiputera dan merapatkan jurang ketidaksamaan perlu dijadikan sebagai agenda nasional, bukannya kaum, kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, satu model ekonomi diperlukan untuk memastikan pertumbuhan dan pengagihan adalah saksama.

Menurut beliau, ketidaksamaan dalam masyarakat hari ini bukan lagi merupakan masalah kaum semata-mata, tetapi juga masalah kelas kerana wujudnya jurang besar antara golongan kaya dan miskin, etnik dan intra etnik, Semenanjung, Sabah dan Sarawak, bandar dan luar bandar serta pekerja atasan dan bandar.

"Saya ingin tegaskan supaya pendekatan, dasar dan strategi yang lebih berkesan  untuk merapatkan jurang kaum dan kelas perlu dilaksanakan segera.

"Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional tidak boleh dilaksanakan secara picisan atau terpisah dari kerangka besar ekonomi negara.

"Ia mesti dilaksanakan secara inklusif, komprehensif dan merentasi semua sektor ekonomi," katanya pada Majlis Perasmian Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam Selasa.

Muhyiddin berkata, walaupun sasaran pemilikan ekuiti Bumiputera menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak tercapai, namun ia berjaya mengagihkan kekayaan negara secara lebih saksama serta meningkatkan pendapatan kaum Bumiputera dan sebaliknya.

Bagaimanapun katanya, dalam era pasca DEB, data terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia untuk tahun 2013 menunjukkan bahawa jurang ekonomi antara kaum masih wujud.

"Misalnya, pendapatan bulanan isi rumah Bumiputera sebanyak RM3,282 masih rendah berbanding kaum Cina iaitu RM4,643 dan kaum India RM3,676," katanya.

Muhyiddin berkata, Majlis Ekonomi Bumiputera mempunyai peranan penting untuk mengkaji secara terperinci kedudukan, merencana hala tuju masa depan, memperkukuhkan instrumen dasar, institusi dan inisiatif memajukan ekonomi Bumiputera.

"Saya mencadangkan supaya Agenda Bumiputera serta dasar dan strategi merapatkan jurang ekonomi dijadikan teras utama Rancangan Malaysia Ke-11 yang merupakan lonjakan terakhir Malaysia untuk menjadi negara maju.

"Saya juga mencadangkan satu Dasar Ekonomi Nasional yang baharu dirangka untuk memacu inisiatif kesaksamaan ke hadapan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Perhimpunan Agung Umno , Bumiputera

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan