Parlimen: Penerbangan Malaysia Ke Eropah Elak Zon Konflik

Diterbitkan: Isnin, 24 November 2014 1:03 PM

Datuk Abdul Aziz Kaprawi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia pada masa ini terbang di ruang udara Iran dan Turki untuk sampai ke destinasi di Eropah bagi mengelak melintasi zon konflik berikutan tragedi MH17.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata penerbangan ke negara-negara Eropah sebelum ini telah melalui ruang udara Ukraine tetapi sejak kejadian itu pesawat Malaysia telah mengelak daripada melintasi kawasan konflik.

"Pada masa ini, penerbangan kita mengelak daripada melintasi Ukraine dan Afghanistan, sebaliknya, menggunakan ruang udara di Iran dan Turki untuk sampai ke Eropah.

"Kami juga bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa yang menasihati kementerian untuk mengelakkan zon konflik itu," katanya pada sesi soal jawab di Parlimen, Isnin.

Abdul Aziz menjawab soalan Anthony Loke (DAP-Seremban), yang bertanya bagaimana negara boleh menyumbang maklumat terkini zon konflik kerana bukan setiap negara merupakan sebahagian daripada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Untuk soalan Datuk Seri Ong Ka Chuan (Barisan Nasional-Tanjung Malim), Abdul Aziz berkata kerajaan Malaysia telah mencadangkan kepada ICAO bahawa penerbangan di seluruh dunia dipantau dengan sistem pengesanan masa nyata.

"Dengan sistem tersebut, ia boleh menjadi mekanisme yang lebih maju untuk mengelak berlakunya insiden penerbangan masa depan," katanya.

Ong telah bertanya kepada timbalan menteri jika terdapat mekanisme yang betul dan maju untuk memastikan maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada pesawat untuk mengelakkan kejadian seperti MH370 dan MH17.

"Satu mekanisma hendaklah ditubuhkan untuk memberi tumpuan kepada kerjasama di antara Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pengangkutan untuk mencegah kejadian itu," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan