KDN Jelaskan Bagaimana Pekerja Korea Utara Diambil Bekerja Di Sarawak

Diterbitkan: Isnin, 24 November 2014 8:40 AM

Timbunan arang batu di lombong di Selantik, Pantu, kira-kira 130km dari Kuching.

(Ubah saiz teks)

MIRI: Berdisiplin, berdedikasi dan tahan lasak adalah alasan mengapa pekerja Korea Utara diupah untuk bekerja di lombong arang batu di Sarawak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pekerja Korea Utara telah dibawa masuk ke Sarawak untuk bekerja melalui perjanjian khas antara Sarawak dan kerajaan Korea Utara.

"Hanya Sarawak mempunyai pekerja Korea Utara (di Malaysia). Ini tidak (dibenarkan) di Semenanjung, '' katanya ketika mengulas mengenai kehadiran puluhan rakyat Korea Utara di sebuah lombong arang batu di bahagian Sri Aman.

Selain daripada 46 warga Korea Utara, 119 pekerja asing di lombong itu datang dari Myanmar (29), Indonesia (19), China (15) dan Bangladesh (10).

Wan Junaidi, yang juga Anggota Parlimen Santubong berkata, Sarawak mempunyai hak untuk mengupah pekerja dari Korea Utara kerana kerajaan negeri mempunyai autonomi ke atas imigresen dan perkara-perkara mengenai buruh.

"Untuk industri seperti perlombongan arang batu, pekerjaan itu adalah sangat berbahaya dan sukar. Lombong boleh mempunyai kedalaman beratus-ratus meter.

"Tiada pekerja tempatan atau dari Sarawak yang berani membuat kerja itu, itulah sebabnya terdapat keperluan mengambil pekerja asing. Dalam sektor perlombongan arang batu, hanya Britain, China dan Korea Utara yang mempunyai pekerja berkemahiran tinggi, '' kata Wan Junaidi.

Menyokong keputusan Sarawak yang mengupah pekerja dari Korea Utara, beliau berkata, tidak ada rekod jenayah yang melibatkan mereka di negeri ini.

Mengenai pekerja yang terbabit dalam letupan pada Sabtu lalu di lombong itu, Wan Junaidi berkata, hasil siasatan menunjukkan bahawa semua pekerja asing mempunyai permit kerja yang sah.

"Kemasukan pekerja ini dikendalikan oleh Jabatan Imigresen dan permit kerja mereka yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak," katanya.

Wan Junaidi berkata, Malaysia tidak mempunyai isu dengan kewarganegaraan dari ideologi yang berbeza yang bekerja di negara ini asalkan mereka "mempunyai permit bekerja, melakukan kerja dan tidak menyebarkan ideologi".

"Ramai orang dari negara-negara komunis yang bekerja di negara kita dan berniaga di sini," katanya.

"Apa yang kita perlukan adalah mereka datang ke sini secara sah, bekerja secara sah dan bebas daripada masalah serta mengikut undang-undang kita."

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan