Internet Tidak Seharusnya Jadi Medium Memarakkan Ketegangan Kaum - Najib

Diterbitkan: Isnin, 24 November 2014 1:46 PM

Najib Tun Razak beramah mesra bersama delegasi antarabangsa selepas menyampaikan ucapan di Forum Antarabangsa Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan bahawa internet tidak seharusnya dijadikan medium untuk memarakkan ketegangan kaum dan agama dalam negara pelbagai agama serta budaya seperti Malaysia.

Sambil menyuarakan kekecewaannya, beliau berkata, pada ketika tertentu, internet digunakan di sini (di Malaysia) untuk menyebarkan perkara separa benar, malah pembohongan sekalipun.

"Sebagai contoh, semasa pilihan raya umum lepas, begitu banyak dakwaan tanpa disokong bukti yang disebarkan dalam talian. Kononnya kerajaan merancang gangguan elektrik di pusat pengundian untuk menukar peti undi dan membawa masuk melalui penerbangan 40,000 pengundi dari seluruh negara untuk mengundi.

"Dakwa sebegini terbukti hanyalah pembohongan yang tidak berasas, malangnya dakwaan itu diterima bulat-bulat oleh banyak pihak, dan ini menjejaskan dengan teruk nama baik kami," katanya.

Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Antarabangsa Umno, bertemakan: 'Dunia Kesalinghubungan Digital: Cabaran Dalam Pembinaan Negara', yang diadakan bersempena Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Isnin.

Memandangkan berita sedemikian boleh tersebar dengan meluas dalam internet dan tidak lagi dapat dikawal, Najib sehubungan itu mengingatkan bahawa masyarakat bertanggungjawab untuk memikirkan dengan mendalam kandungan yang ingin mereka kongsi itu.

"Masyarakat perlu melihat dengan jelas dan memahami bahawa dakwaan yang dimuatkan dalam internet tidak seharusnya diterima sebagai kebenaran mutlak. Dakwaan itu perlu dipersoalkan dan keterangannya perlu dinilai.

"Pendidikan boleh memainkan peranan namun ia sangat sukar. Oleh itu, tiada penyelesaian yang sempurna bagi perkara ini," katanya.

Beliau selanjutnya berkata kritikan yang munasabah perlu digalakkan, yang merupakan sebahagian daripada perbahasan demokratik yang sihat meskipun ada kalanya kandungannya mungkin melangkau batasan, menceroboh hak bersendiri individu, melanggari undang-undang dalam negara atau memudaratkan fizikal.

Sambil menggalakkan perbahasan dalam talian yang sopan dan bertanggungjawab, Najib membangkitkan persoalan besar tentang cara untuk melaksanakannya selain turut berharap beberapa subtopik dalam forum ini akan dibincangkan dan mengutarakan cadangan bernas pertimbangan kerajaan.


iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan