Najib Senaraikan Tiga Cabaran Dunia Kesalinghubungan

Diterbitkan: Isnin, 24 November 2014 1:54 PM

Najib menyampaikan ucapan pada Forum Antarabangsa Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kebertanggungjawaban selepas revolusi maklumat, kurang bersosial dengan masyarakat setempat dan amalan diplomasi digital adalah tiga cabaran yang perlu dihadapi untuk membina, membangun dan mengekalkan sesebuah negara dalam dunia kesalinghubungan digital.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, teknologi maklumat telah berubah secara eksponen sehingga kebanyakan orang membawa dunia di dalam poket mereka menggunakan gajet komunikasi.

Najib berkata, manusia kini lebih bebas dari sebelumnya untuk berkongsi idea mengenai tadbir urus negara kepada masyarakat global dengan segera.

Diperkasakan dengan revolusi maklumat, beliau berkata mereka yang mempunyai akses internet boleh mendesak kerajaan mereka supaya lebih bertanggungjawab.

"Mereka boleh mengakses perangkaan, petunjuk dan perbandingan antarabangsa yang meluas. Mereka boleh membaca dan mempelajari pandangan dan falsafah politik daripada sistem yang berbeza di seluruh dunia.

"Jika mereka tidak berpuas hati dengan keadaan kerajaan mereka, mereka boleh dan memberitahu dunia mengenainya dengan menghantar gambar, video dan 'hashtag' dalam masa nyata untuk menyebarkan mesej mereka," katanya semasa merasmikan Forum Antarabangsa Umno yang bertema "Dunia Kesalinghubungan Digital: Cabaran Dalam Pembinaan Negara" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Isnin.

Cabaran kedua, Najib berkata semakin banyak rakyat yang berinteraksi dengan rakan, keluarga malahan orang yang tidak dikenali secara dalam talian, menggantikan masa yang diluangkan bersosial di dalam kehidupan sebenar.

Bagaimanapun, beliau berkata, pembinaan negara memerlukan penglibatan rakyat di dalamnya.

"Sebagai tindak balas, kami perlu mencari jalan yang baharu dan kreatif untuk memastikan rakyat terlibat dengan masyarakat setempat mereka dan merasakan mereka adalah sebahagian daripada negara sebagaimana mereka melakukannya kepada kumpulan Facebook mereka," katanya.

Najib juga berkata, dalam dunia yang saling berhubungan, diplomasi yang merupakan satu proses kerajaan berinteraksi bagi pihak rakyat secara tersirat kini telah menjadi semakin terbuka dari sebelum ini.

Beliau berkata, perubahan telah berlaku daripada peringkat bawah dan atas.

"Daripada bawah, kerana pengeluaran beribu dokumen rahsia dalam talian telah mengubah perbincangan diplomatik dan umum buat selamanya. Kerajaan dan swasta kini tahu bahawa rahsia mereka boleh dikongsi bukan hanya dengan pesaing mereka tetapi dengan seluruh dunia dengan segera, kekal, tanpa diketahui sumbernya", katanya.

Beliau berkata, perubahan dari atas berlaku kerana negara sendiri kini dalam talian berdasarkan kajian terkini lebih 150 negara memiliki akaun Twitter dan lebih daripada 500 menteri kerajaan mempunyai akaun Twitter.

"Dengan banyak orang yang menggunakan Twitter bagi pihak negara dan banyak perbincangan dalam talian, tidak dapat dielakkan kadang-kadang tindakan mengemas kini status, menghantar mesej di laman Twitter dan blog akan melepasi protokol diplomatik dan akal manusia," katanya.

Bagaimanapun, Najib berkata, internet menyediakan peluang yang besar untuk pendidikan, pembangunan ekonomi dan hubungan sosial.

"Sebagai pemimpin dan parti, kami boleh memastikan bahawa internet, salah satu penemuan yang penting di zaman ini kekal sebagai salah satu alat yang paling bermanfaat dan kami boleh menggunakan kuasanya dalam usaha pembinaan negara," katanya. 

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan