Jakim Pergiat Kempen Elak Masyarakat Terpengaruh Kumpulan 'Jihad'

Diterbitkan: Isnin, 24 November 2014 7:39 PM

Othman Mustapha bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif CCM, Leonard Arif Abdul Shatar melancarkan program TV bersiri "Farmaseutikal Halal", Isnin.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mempergiatkan kempen penerangan kepada masyarakat Islam supaya tidak mudah terpengaruh menyertai kumpulan yang mendakwa 'berjihad', kata Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha. 

"Sekarang ini memang antara tugas kita memberi penerangan dan penjelasan danmembimbing mereka termasuk apabila diminta oleh pihak berkuasa untuk memberi bimbingan kepada mereka yang terlibat," katanya. 

Diminta mengulas penglibatan segelintir rakyat Malaysia dalam kumpulan militan, Othman berkata bimbingan Jakim dilihat memberi kesan termasuk terhadap mereka yang pernah terlibat dengan kumpulan itu.  

"Selepas Jakim memberi penjelasan kepada mereka, duduk dengan mereka, mereka akur dan sedar kesalahan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan siri televisyen Farmaseutikal Halal pada Isnin. 

Mengenai siri televisyen itu terbitan bahagian media Jakim dengan kerjasama Chemical Company of Malaysia (CCM) itu, Othman dalam ucapan pelancaran berharap ia dapat memberi kesedaran dan mempertingkatkan kefahaman umat Islam terhadap ubat-ubatan halal.

Program berkenaan akan mula bersiaran setiap Sabtu dan Ahad di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia mulai 6 Dis depan. Katanya antara isu yang akan dikupas dalam rancangan tujuh siri itu ialah pengenalan bidang farmaseutikal, perundangan dan peraturan, di samping memberi penerangan tentang samak dan sertu.

Pada sidang akhbar kemudiannya, Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff berkata sehingga kini sebanyak 117 permohonan dibuat untuk mendapatkan sijil halal daripada Jakim untuk produk farmaseutikal, merangkumi pelbagai jenis vitamin, suplemen dan ubat-ubatan.

"Tetapi sijil yang aktif hanya 112. Itu daripada segi permohonan. Kalau daripada syarikat, kadang-kadang syarikat yang sama memohon banyak kali kerana mempunyai banyak produk," katanya. 

Jakim berjaya mewujudkan satu sistem pensijilan halal berdasarkan MS 2424 yang bukan sahaja boleh digunapakai syarikat industri farmaseutikal dalam Malaysia, malah di luar negara, selain boleh digunakan oleh badan-badan pensijilan halal yang diiktiraf di seluruh dunia.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan