Tiada Cadangan Guna Semula Bas Mini - Nancy Shukri

Diterbitkan: Isnin, 24 November 2014 2:35 PM

Nancy Shukri

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang untuk mewujudkan semula perkhidmatan bas mini sebagai bas perantara di kawasan kediaman di Lembah Klang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Beliau berkata, kerajaan sebaliknya memperkenal perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) sebagai medium perhubungan terkini.

"BRT akan diperkenalkan di Lembah Klang dan untuk permulaan jajaran BRT Sunway sedang dibangunkan dan dijangka beroperasi tahun depan.

"Perkhidmatan ini juga dirancang untuk diperluaskan bagi laluan Kuala Lumpur-Klang untuk menambah baik perkhidmatan bas perantara sedia ada," katanya.

Beliau menjawab soalan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mewujudkan semula bas perkhidmatan bas mini.

Nancy berkata, bagi menambah baik sistem pengangkutan awam, projek Mass Rapid Transit (MRT) 1 yang menghubungkan Sungai Buloh ke Kajang sedang dalam pembinaan dan dijangka beroperasi pada 2017.

Projek MRT2 dari Kota Damansara ke Putrajaya pula sedang dalam proses untuk mendapat kelulusan, katanya.

Beliau memberitahu terdapat juga projek penyambungan bagi perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) yang menghubungkan laluan Kelana Jaya dan Ampang serta projek LRT3 yang bakal menghubungkan Bandar Utama dan Klang.

Sementara itu, katanya, peratusan pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang telah meningkat kepada 20.8 peratus pada tahun lepas berbanding 19.6 peratus pada 2012.

"Seramai kira-kira 214 juta penumpang telah menggunakan LRT, Monorel, ERL dan Komuter pada tahun lepas dengan purata penggunaan seramai 593,321 penumpang sehari," katanya.

Beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, 612,887 orang telah menggunakan perkhidmatan rel dalam sehari.

Tags / Kata Kunci: bas mini , Nancy Shukri , Bas Rapid Transit

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan