Azmin Pertahan 'Bajet Berterus Terang'

Diterbitkan: Isnin, 24 November 2014 3:33 PM

Azmin bersama beg berisi dokumen Bajet 2015 yang dibentangkannya pada sesi DUN Selangor sambil disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mohamed Azmin Ali mempertahankan tindakannya membentangkan Bajet 2015 yang mengalami defisit sebanyak RM450 juta pada sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Isnin.

Menyifatkan Bajet 2015 itu sebagai 'bajet berterus terang', Menteri Besar Selangor yang baharu itu turut berjanji untuk tidak mengemukakan bajet tambahan dalam tempoh setahun akan datang.

Enggan dibandingkan dengan pentadbiran terdahulu ketika di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang membentangkan bajet berimbang, Azmin menegaskan beliau mempunyai alasan tersendiri untuk menggunakan kaedah bajet defisit.

Jelasnya, pentadbiran Abdul Khalid juga mengamalkan bajet defisit namun 'berselindung' di sebalik permohonan peruntukan tambahan selepas tiga hingga enam bulan bajet diluluskan.

"Sejak 2008 hingga 2014, semua anggaran belanjawan adalah defisit. Jadi saya mengambil pendirian yang berbeza untuk kemukakan secara jujur kepada sidang Dewan dan rakyat bahawa ini adalah jumlah yang akan digunakan pada 2015.

"Jadi ini satu jaminan bahawa kerajaan negeri tidak akan membentangkan bajet tambahan bagi tahun depan. Tak payah tunggu tiga hingga enam bulan kemudian nak minta bajet tambahan.

"Saya rasa kaedah begitu tidak lancar. Bagi saya lebih baik berterus terang dari awal dengan Dewan dan pembayar cukai dengan tidak menyembunyikan fakta sebenar," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Terdahulu ketika membentangkan Bajet 2015 di DUN Selangor, Azmin menganggarkan perbelanjaan negeri bagi tahun depan berjumlah RM2.4 bilion untuk melaksanakan rancangan pembangunan, sementara kutipan hasil negeri itu dianggarkan sebanyak RM1.97 bilion.

Mengulas lanjut Azmin berkata, keputusannya untuk melaksanakan bajet defisit merupakan tindakan berani khususnya dalam usaha mengurangkan perbelanjaan mengurus dan meningkatkan perbelanjaan pembangunan.

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , bajet berterus terang

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan