PAU 2014: Jangan Emosi Bahas Isu Sekolah Vernakular - Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 23 November 2014 6:08 PM

Hishammuddin bergambar bersama peguam-peguam pada program santai dengan peguam muda Bonafide Friends of UMNO anjuran Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurucakap yang bakal berbahas pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 diminta tidak beremosi ketika membahaskan isu mengenai sekolah vernakular, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Naib Presiden Umno itu berkata, mereka yang akan berbahas mengenai isu sekolah vernakular perlu berada di bumi nyata dengan mengutamakan soal perpaduan dalam perbahasan mereka.

"Pendidikan pelbagai aliran dapat menyatupadukan kita dan tidak ada satu perkara yang boleh selesaikan masalah kita. Saya berkeyakinan jurucakap kita matang kerana ini bukan perkara yang baru," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menghadiri majlis diskusi bersama Bona Fide Friends of Umno (BFF) anjuran Biro Perlembagaan dan Perundangan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Hishammuddin ditanya kemungkinan isu sekolah vernakular dibahaskan anggota-anggota perwakilan Umno, yang akan bersidang di PWTC selama lima hari mulai Selasa ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata isu sekolah vernakular perlu dibincangkan secara rasional dan realistik.

"Kita mahu anak kita dididik tanpa sentimen perkauman dan keagamaan yang menebal sehingga usaha mewujudkan bangsa yang bersatu padu tidak kesampaian. Itu harapan saya dan sama ada jurucakap dapat terjemahkannya, Wallahualam," katanya.

Mengenai perbuatan "Cah Keting" yang didakwa antara sebab pemimpin muda Umno sukar pergi jauh dalam parti, Hishammuddin berkata mereka sepatutnya pandai 'membawa diri'.

"Bukannya tentang latar belakang mereka, tetapi mesti pandai bawa diri," katanya.

Tags / Kata Kunci: vernakular , PAU , Hishammuddin Hussein

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan