Guan Eng Mahu MPPP Saman Pemandunya Jika Parkir Kereta Secara Haram

Diterbitkan: Ahad, 23 November 2014 5:17 PM

Kereta Lim dilihat dipakir di lorong basikal di hadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengeluarkan saman trafik termasuk yang terdahulu sekiranya pemandu beliau memarkir kenderaan rasmi secara haram.

"Saya telah beritahu pemandu saya jika dia bersalah (parkir kereta secara haram), dia perlu berhadapan akibatnya dan dikenakan denda," katanya pada Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di sini, Ahad.

Beliau memberi respons kepada delegasi cawangan Chai Leng Park, Shamsher Singh Thind yang menegur MPPP kerana komited menunda kereta-kereta yang diparkir secara salah tetapi hanya "buat bodoh" apabila ia melibatkan kereta ketua menteri.

Dilaporkan pada Facebook 'MPPP Watch' bahawa kenderaan rasmi Lim, dengan nombor pendaftaran PG1 dikesan diparkir pada laluan basikal di hadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara.

Difahamkan bahawa gambar itu diambil pada Jumaat lalu apbila Lim pergi ke depoh tersebut untuk merasmikan satu majlis.

Lim turut meminta Pengerusi Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow supaya mengarahkan MPPP dan Majlis Perbandaran Seberang Perai untuk mengeluarkan saman kepada exco-exco sekiranya kereta mereka didapati diparkir secara haram.

"Kadang-kadang, pemandu-pemandu mengambil jalan mudah dengan memarkir kenderaan mereka secara garam. Kita akan mintak pihak berkuasa tempatan untuk mengeluarkan saman-saman sekiranya terdapat bukti," katanya.

Lim turut menegur media kerana membesarkan isu keretanya daripada membuat laporan tentang perkara-perkara yang dibangkitkan beliau.

"Kita tidak katakan bahawa laporan tentang parkir kereta saya itu salah tetapi saya harap diberi layanan yang adil untuk berita-berita lain juga," katanya.


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan