Beri Peluang Golongan Muda Sertai Barisan Kepimpinan Umno - Najib

Diterbitkan: Ahad, 23 November 2014 2:58 PM

Najib mahu golongan muda diberi ruang menyertai Umno untuk proses peremajaan parti.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Golongan muda harus diberi peluang menyertai barisan kepimpinan Umno untuk menjayakan proses peremajaan parti, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Umno berkata golongan itu juga perlu diberi panduan dan bimbingan untuk memimpin supaya Umno dilihat sebagai sebuah parti yang inklusif, moden, progresif serta dinamik.

"Bukan semua (orang muda) tak sokong kita, ramai sokong kita. Kita lihat ada universiti yang dulu sokongannya kurang, hari ini bertambah apabila kita usaha lebih (dalam melakukan) 'engagement' dengan orang muda.

"Kalau nak teruskan kekuasaan, kita mesti lakukan peremajaan pada parti dan mesti cari kepimpinan yang boleh dianggap sebagai ada kemampuan," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Umno Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Ahad.

Perdana Menteri berkata, rakyat kini lebih bijak menilai tahap kepimpinan sesebuah parti politik, dan sering membandingkan keupayaan Umno dengan pembangkang.

Justeru, Najib berkata, Umno perlu bijak dan kreatif memahami landskap politik baharu, serta menggunakan platform media sosial untuk melakukan 'engagement' atau penglibatan dengan masyarakat, serta menjawab segala persoalan yang dilontarkan mereka.

"Pembangkang banyak tahi minyak, banyak penipuan dan mereka ini cekap 'spinning'. Tapi, kita (Umno) adalah parti yang ada agenda realistik untuk negara, untuk orang Melayu, untuk Islam.

"(Jadi) dalam keterbukaan ini, dalam persekitaran baharu ini, Umno kena jadi juara," tegas Najib.

Tags / Kata Kunci: Umno , Najib Razak , orang Melayu , muda

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan