Mahasiswa Perlu Lengkap Diri Dengan 'Hyperconnectivity' Untuk Bangunkan Negara - TPM

Diterbitkan: Ahad, 23 November 2014 11:42 PM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergambar bersama mahasiswa dan mahasiswi di Majlis Makan Malam Penutup Persidangan Mahasiswa Nasional di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, malam Ahad. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati mahasiswa Malaysia di dalam dan luar negara supaya melengkapkan diri dengan kemahiran aplikasi "hyperconnectivity" atau kesalinghubungan digital, dalam usaha untuk membangunkan negara.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, mahasiswa selaku bakal pemimpin masa depan perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kemajuan serta pembangunan dalam bidang teknologi dan komunikasi maklumat bagi menghadapi cabaran yang semakin sukar.

"Kepimpinan pada masa depan akan lebih mencabar. Maka, saudara saudari (mahasiswa) akan berdepan dengan manusia yang bermaklumat dan tahu hak mereka.

"Selain itu, hyperconnectivity juga perlu untuk membina generasi bijak pandai yang terarah kepada 'thinker global' dan bukannya yang biasa-biasa sahaja," katanya ketika berucap merasmi penutupan Persidangan Kepemimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam Ahad.

Persidangan dua hari itu yang bermula semalam dihadiri 240 mahasiswa dari universiti tempatan dan luar negara.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menceritakan pengalaman sewaktu aktif dalam Pergerakan Pemuda Umno pada suatu ketika dahulu, Muhyiddin juga Timbalan Presiden Umno berkata, pada ketika itu, berkomunikasi agak sukar kerana kekangan capaian maklumat termasuk ketiadaan alat komunikasi yang canggih. 

"Ledakan ilmu belum berlaku secara luas ketika itu, ledakan teknologi belum sampai ke tahap seperti hari ini di mana dengan adanya ledakan media sosial sebarang maklumat dari seantero dunia boleh diperoleh mengikut 'real time' (tepat masa)," katanya.

Mengulas mengenai penganjuran persidangan PEMANAS, Muhyiddin berkata, ia merupakan satu platform interaktif yang amat baik kerana memberi ruang untuk mahasiswa menyuarakan pelbagai pandangan serta pendapat mengenai Umno dan kerajaan. 

Malah, katanya persidangan itu juga menjadi medan untuk memilih wakil mahasiswa yang akan berucap dan berbahas dalam Perhimpunan Agung 2014 pada 25 hingga 29 November ini.

"Harap semasa perhimpunan (wakil) mahasiswa dapat menyampaikan usul yang bermutu. Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Majlis Tertinggi akan beri perhatian terhadap usul saudara saudari," katanya.

Muhyiddin berkata, hanya Umno sahaja parti yang memberi ruang kepada mahasiswa untuk berucap di hadapan barisan kepimpinan dan berkongsi idea demi kemajuan serta kemakmuran negara.

"Tiada negara atau pertubuhan politik yang menawarkan ruang begitu baik sekali di mana pemimpin muda mahasiwa di letak sebaris dalam forum yang sama dengan para pemimpin. 

"Ini buktikan kita iktiraf keupayaan dan kebijaksanaan golongan muda untuk ambil tempat yang penting untuk suarakan idea," katanya. 

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan Anugerah Kelab Umno Terbaik kepada Kelab Umno Medan, Indonesia; Kelab Umno London, Britain; Kelab Umno Korea; Kelab Umno Mansura, Mesir; Kelab Umno Auckland, New Zealand dan Kelab Umno New York-East Coast, Amerika Syarikat.

Muhyiddin juga menyampaikan beberapa Anugerah Biro Pendidikan Umno kepada Ahmad Zulfadli Jusoh dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang menerima Anugerah Tokoh Pentadbir Universiti 2014, Prof Madya Dr Mohd Yahya Mohd Ariffin dari Universiti Sains Islam Malaysia menerima Anugerah Tokoh Pensyarah Universiti 2014 dan Persatuan Aumni Pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara yang menerima Anugerah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Mahasiswa Terbaik 2014.

Nuramalina Mat Yusoff dari Universiti Teknologi Mara pula menerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Siswi 2014,  Nor Mohd Afif Osman dari Universiti Teknologi Malaysia menerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Siswa 2014 dan Muhamad Nur Aizat Noor Azam dari Universiti Teknologi Malaysia menerima Anugerah Khas Biro Pendidikan Umno Malaysia.


iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan