Gambar Kereta Guan Eng Parkir Secara Haram Jadi Viral

Diterbitkan: Ahad, 23 November 2014 8:35 AM

Kereta Lim dilihat dipakir di lorong basikal di hadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kereta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi mendapat perhatian oleh pengguna media sosial.

Kali ini kenderaan rasmi Lim itu dilihat dipakir di lorong basikal di hadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara.

Laporan mengenai kesalahan meletakkan kenderaan di lokasi larangan itu dibuat di laman Facebook Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Watch.

Gambar yang menunjukkan Mercedes-Benz S300  yang diletakkan di luar depoh itu menjadi viral dan mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial.

Paparan skrin Facebook MPPP Watch.
Difahamkan gambar itu diambil ketika Lim menghadiri majlis pelancaran program Urban Xchange yang merupakan festival seni jalanan antarabangsa pertama di Malaysia pada Jumaat lalu.

Pengadu juga mendakwa pegawai penguatkuasa MPPP tidak mengambil sebarang tindakan apabila mereka melihat kenderaan Lim itu dipakir di kawasan berkenaan.

Pada Julai lalu, kereta rasmi ketua menteri itu turut menjadi bahan berita apabila gambar kenderaan itu yang dipakir di zon larangan pakir di sebuah pusat beli-belah di Jalan Datuk Keramat di sini dimuat naik ke Facebook.

Beliau bagaimanapun menafikan keretanya diletakkan secara haram dan berkata pengurusan gedung beli-belah itu memberitahu pemandunya bahawa beliau dibenarkan meletakkan kenderaannya di situ.

Pada Ogos tahun lalu, Lim turut menjadi sasaran pengguna media sosial apabila gambar-gambar kereta rasminya yang dipakir secara haram di Campbell Street dimuat naik ke Facebook.
Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , MPPP

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan