Melayu Di KL Berhadapan Cabaran Jurang Ekonomi - Ku Nan

Diterbitkan: Ahad, 23 November 2014 2:12 PM

Najib (dua dari kiri) ketika merasmikan Konvokesyen UMNO Wilayah Persekutuan di Dewan Tun Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Ahad. Turut kelihatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurang ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu di Wilayah Persekutuan di sini adalah cabaran besar yang dihadapi orang Melayu, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya, berdasarkan statistik, orang Melayu masih jauh di belakang bangsa lain dalam segala hak pemilikan dan perniagaan di ibu negara.

"Soalnya siapa hendak kita persalahkan? Apabila lesen diberi, dipajakkan atau dijual. Hartanah diberi begitulah juga jadinya," katanya semasa berucap pada Konvensyen Umno Wilayah Persekutuan yang dirasmikan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, Ahad.

Tengku Adnan berkata, 200 tahun dahulu orang Melayu pernah memiliki hampir 100 peratus tanah di Kuala Lumpur, namun jumlah itu kini berkurangan menjadi hanya 21.7 peratus, ekoran sikap orang Melayu sendiri yang menggadai dan menjual tanah kepada bangsa lain.

Selain itu, katanya, orang Melayu di Kuala Lumpur juga secara purata menerima gaji antara RM2,000 hingga RM3,000 sahaja sebulan dan menyumbang kepada statistik atau peratusan golongan miskin bandar.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata statistik pemilikan rumah juga menunjukkan orang Melayu masih rendah berbanding bangsa lain.

"Bayangkanlah, harga rumah di ibu kota paling rendah kira-kira RM300,000 sedangkan kemampuan untuk Melayu bandar sekitar di bawah RM150,000 sahaja.

"Statistik individu yang memohon rumah sewa dan beli daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula berjumlah lebih 42,000 orang, dengan 90 peratus terdiri daripada golongan Melayu," katanya.

Beliau berkata, realiti itulah yang terpaksa dihadapi orang Melayu di Kuala Lumpur, ditambah dengan kos sara hidup yang menambah bebanan hidup sehingga ada dalam kalangan mereka terpaksa merempat.

Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno, berkata anggota Umno Wilayah Persekutuan perlu memainkan peranan membantu dan memastikan segala jurang dan kesempitan hidup orang Melayu di bandar dapat ditangani.

"Umno Wilayah Persekutuan tidak mahu melihat ada bangsa kita yang hidup merempat dan melarat ... sabaliknya azam Umno Wilayah Persekutuan amat teguh untuk membawa Melayu bandar keluar daripada garis kemiskinan," katanya.


iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan