Kerajaan Ambil Alih Pembersihan Tandas Awam Mulai 2016

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 1:42 PM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Kerajaan pusat akan mengambil alih aktiviti pembersihan tandas awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mulai 2016 bagi memastikan ia bersih dan selesa pada setiap masa, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata pengambilalihan itu selaras dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) dan seiring dengan Pelan Tindakan Transformasi PBT yang sedang dibangunkan kementerian.

"Kementerian saya akan berbincang dengan pihak berkuasa negeri dan PBT yang sedia menerima pakai akta tersebut, berhubung pelaksanaan langkah baharu ini yang dijangka berkuat kuasa pada 2016," katanya dalam kenyataan diedarkan kepada media pada majlis pelancaran sambutan Hari Tandas Sedunia 2014 peringkat kebangsaan di sini, Sabtu.

Beliau berkata bagi negeri-negeri yang belum menerima Akta 672, dinasihat memperuntukkan sejumlah bajet bagi tindakan menyelenggara dan membaik pulih tandas awam di kawasan masing-masing.

Katanya kementerian juga akan membuat semakan semula bagi terma rujukan projek-projek untuk memperlihatkan kesungguhan menangani isu kebersihan tandas awam.

"Garis panduan dan SOP (Prosedur Operasi Standard) pembersihan tandas awam akan disemak dan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya.

Sementara itu, dalam teks ucapan beliau pada majlis itu yang dibacakan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Arpah Abdul Razak, Abdul Rahman berkata setiap tahun kementerian memperuntukkan sekurang-kurangnya RM5 juta untuk menaik taraf atau membina tandas baharu di PBT seluruh negara.

Katanya pada tahun ini sebanyak RM26.5 juta diagihkan kepada PBT bagi memperbaiki dan menaik taraf tandas awam di seluruh negara menerusi program 'My Beautiful Malaysia (My BM)'.

"Namun pada keseluruhannya tandas kita masih kotor, menjijikkan dan banyak yang tidak selamat digunakan. Sinki yang bocor, mangkuk tandas yang pecah, pintu tandas yang tidak boleh dikunci adalah antara mimpi ngeri tandas di negara ini.

"Vandalisme tandas awam begitu berleluasa iaitu tandas dengan sengaja dikotorkan, peralatannya dicuri, dinding diconteng dan pintu dipecahkan. Keadaan ini bukan sahaja menjejas imej dan nama baik negara dalam kalangan pelancong asing, tetapi ia tidak baik untuk kesihatan dan keselesaan kita sendiri," katanya.

Justeru, katanya pelaksanaan peraturan baharu itu diharap membantu dalam menyediakan tandas awam yang bermutu dan bersih, serta menjadi kebanggaan rakyat dan pelancong.

Pada majlis itu, 12 kategori pemenang pertandingan 'Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia' menerima hadiah masing-masing.


Tags / Kata Kunci: Tandas Awam , Kerajaan Pusat

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan