RON95 Tiga Sen Lebih Murah Pada 2.27/Liter Mulai Disember - Wahid

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 6:24 PM

Abdul Wahid Omar

Wahid Omar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Harga petrol RON95 mungkin tiga sen lebih murah pada RM2.27 seliter bermula 1 Disember, sekiranya harga purata minyak mentah dunia berada sekitar US$80 setong sepanjang November (US$1=RM3.35).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna boleh mengharapkan harga bahan api yang lebih murah memandangkan penurunan harga minyak mentah dunia sekarang dijangka berterusan sehingga dua tahun lagi. 
 

"Tetapi sekiranya harga minyak dunia meningkat semula, sistem pengapungan terkawal akan turut mengikut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan 50 pelajar animasi di bawah program 'Peneraju Skil Iltizam' di sini, Sabtu.

Kerajaan, pada 1 Disember, akan menghapuskan subsidi bagi petrol RON95 dan diesel dan menggantikannya dengan sistem pengapungan terkawal. 

Ini berikutan harga bahan api global yang lebih rendah daripada harga pam bagi RON95 dan diesel. Harga RON97 ditentukan oleh sistem pengapungan terkawal sejak Julai 2010.

Sementara itu, program 'Peneraju Skil Iltizam' yang diuruskan oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, diwujudkan bagi memberikan peluang kedua kepada mereka yang cenderung meminati kemahiran vokasional daripada pencapaian akademik. 

Program enam bulan itu adalah bagi menampung permintaan industri. Objektif utama adalah melahirkan pekerja Bumiputera berkemahiran tinggi bagi memenuhi permintaan industri kreatif. 

Terdahulu dalam ucapannya, Wahid berkata banyak peluang menanti dalam industri animasi dan ia sedang berkembang pesat. 

Menurutnya, mengikut Laporan Industri Animasi Gobal 2014, saiz industri bernilai US$222 bilion pada 2013, dan dikuasai oleh Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, China, Perancis, Britain, Korea dan Jerman.
Tags / Kata Kunci: RON95 , Wahid Omar

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan