Perkasa Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Pihak Hina Agama

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 10:56 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Pulau Pinang menggesa kerajaan memantau laman-laman sosial termasuk Facebook dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menghina agama Islam, institusi beraja dan al-Quran.

Timbalan Yang Dipertua Perkasa negeri Azmi Alang berkata berdasarkan pemerhatian pihaknya, sebilangan pengguna laman sosial tiada sensitiviti apabila mudah membuat penghinaan sedemikian.
 
"Perkasa Pulau Pinang mendesak pihak bertanggungjawab terutama Kementerian Dalam Negeri(KDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan sewajar ke atas mana-mana individu yang menghina agama dan institusi beraja.
 
"Pihak-pihak berkenaan perlu memandang serius perkara ini supaya Islam atau agama lain tidak dihina di media sosial," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas epidemik menghina agama, kaum dan budaya yang semakin berleluasa di Internet sejak kebelakangan ini.

Azmi berkata pihaknya juga berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mencetuskan ketidakstabilan negara.
 
"Kami bimbang jika perkara itu terus dibiarkan tanpa sebarang tindakan, ia akan mengugat ketenteraman awam berikutan rasa tidak puas hati antara pihak tertentu," katanya.

Beliau menjelaskan Perkasa bukan pertubuhan yang rasis kepada kaum dan agama sebaliknya mahu mendokong Perlembagaan Persekutuan.
 
"Islam selaku agama Persekutuan tidak boleh diperlekeh, dihina apatah lagi dipersoal kedudukannya dalam Perlembagaan oleh rakyat Malaysia.
 
"Atas semangat Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan, mana-mana individu juga tidak boleh menghina, memperlekeh atau mempersenda soal agama, budaya dan cara hidup rakyat bukan Islam lain," katanya.
Tags / Kata Kunci: Perkasa P.Pinang

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan