Hapus Subsidi Minyak Secara Beransur, Bukan Mengejut - Tun M

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 3:51 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat subsidi petrol RON95 dan diesel tidak seharusnya dihapuskan serta merta tetapi dilakukan secara beransur-ansur supaya tidak membebankan rakyat.

"Secara umumnya saya bersetuju dengan pengurangan subsidi namun itu hanya pendapat saya sahaja, bagaimanapun penghapusan (subsidi) perlu mengambil masa, apa pun yang kita buat perlu langkah demi langkah," katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Sabtu.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek pada Jumaat mengenai penetapan harga runcit untuk kedua-dua jenis bahan bakar tersebut mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Dis ini.

Mulai tarikh itu, subsidi bagi petrol RON95 serta diesel akan dihapuskan memandangkan harga kedua-dua bahan bakar tersebut di pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam.

Terdahulu, Dr Mahathir dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Kepimpinan Strategik oleh Universiti MAHSA yang disampaikan Canselornya Tun Zaki Tun Azmi sempena majlis konvensyen ke-11 universiti itu.

Seramai 1,250 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam bidang masing-masing pada majlis tersebut.


Tags / Kata Kunci: Minyak , Diesel , Subsidi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan