Pengapungan Terkawal Beri Faedah Kepada Rakyat - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 5:42 PM

Najib Razak.

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Pengguna dan rakyat akan mendapat faedah terus daripada penjimatan subsidi melalui pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal bagi menentukan harga runcit petrol RON95 dan diesel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Najib berkata penjimatan subsidi itu juga membolehkan kerajaan menambah peruntukan bagi pembangunan sosio ekonomi negara.
 
"Cuba bayangkan kalau kita boleh jimat antara RM10 bilion hingga RM20 bilion setahun, sudah tentu kita boleh tambah peruntukan dalam sektor yang kita anggap penting dalam konteks pembangunan sosio ekonomi negara.
 
"Bidang pertanian, pembangunan luar bandar, pendidikan dan kesihatan antara yang boleh kita tambah peruntukan, ini semua yang melibatkan sektor yang ada kaitan langsung dengan kesejahteraan rakyat.
 
"(Selain itu) kerajaan melaksanakan pengapungan terkawal ini untuk memberi faedah terus dalam keadaan harga minyak dunia semakin menurun, jadi bila semakin menurun, kita boleh buat pengubahsuaian mengikut harga pasaran minyak sedunia," katanya. 

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2014, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), di sini, Sabtu.

Kaedah pengapungan terkawal itu yang akan dilaksanakan pada 1 Disember ini adalah sama seperti pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010.

Berikutan itu, bermula pada tarikh tersebut tiada lagi subsidi bagi kedua-dua bahan bakar itu memandangkan harga pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kaedah itu juga dapat mendidik rakyat bahawa kenaikan mahupun penurunan harga minyak di negara ini bukan tertakluk kepada kuasa kerajaan tetapi bergantung kepada harga pasaran dunia.
 
"Jadi jangan kerajaan dipersalahkan waktu harga naik, sebab ini di luar kawalan mana-mana kerajaan sekalipun, ia bergantung kepada harga pasaran sedunia," katanya.

Beliau berkata subsidi minyak mempunyai banyak ketirisan dan menyebabkan kerajaan rugi berbilion ringgit setahun antaranya kerana aktiviti penyeludupan yang berleluasa.
 
"Minyak ini subsidi pukal, jadi orang kaya dapat lebih faedah daripada yang berpendapatan rendah, penyeludupan juga berleluasa, lepas tu pelancong yang datang beli minyak dengan kita, jadi subsidi minyak ini banyak ketirisan dan kerugian," katanya. 

Menurut beliau, selain subsidi minyak, kerajaan ada cara lain untuk menolong rakyat dan kaedah pengapungan terkawal itu tidak bermakna kerajaan menghapuskan pemberian subsidi sama sekali.
 
"Sebab itu subsidi bersasar lebih besar manfaatnya, maknanya kita tak hapuskan bantuan kepada rakyat melalui subsidi dalam bentuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, insentif kepada nelayan, perumahan rakyat (dan) pendidikan," katanya.
Tags / Kata Kunci: RON95 , pengapungan terkawal

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan