Najib Beri Mandat Kepada Saya Terus Pimipin Umno Selangor - Noh

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 5:11 PM

Noh Omar.

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi mandat kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar untuk terus memimpin Umno Selangor, walaupun beliau menerima kritikan daripada pelbagai pihak.

Noh berkata perkara itu dinyatakan oleh Najib selaku Presiden Umno dalam pertemuan antara mereka berdua pada 18 November lepas.

"(Dalam pertemuan itu) saya maklumkan kepada Perdana Menteri, saya dengan ikhlas tiada halangan sekiranya beliau (Najib) ingin membuat pertukaran kepimpinan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor kerana bagi saya kedudukan saya tidak penting tetapi yang penting ialah Umno dan BN Selangor.

"Perdana Menteri bagaimanapun meminta saya teruskan kepimpinan (Umno dan BN)di Selangor dan beliau akan menilai prestasi saya dari semasa ke semasa," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Berkhatan Beramai-ramai Parlimen Tanjong Karang di sini, Sabtu.

Noh berkata dalam pertemuan itu Najib turut memberi garis panduan yang boleh membantu menaikkan semula imej Umno Selangor seperti memberi tumpuan lebih kepada generasi muda dan sentiasa turun padang untuk mendekati rakyat.

Menurut Noh, beliau juga akan membawa masuk budaya Umno Tanjong Karang ke dalam Umno Selangor, iaitu bahagian tersebut merupakan satu-satunya bahagian yang menjadi kubu kuat Umno di negeri itu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, Noh berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Tanjong Karang sementara Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Sulaiman Abdul Razak dan Adun Sungai Burong Datuk Shamsuddin Lias turut kekal di kawasan masing-masing.
 
"Di Tanjong Karang, kita amalkan perpaduan, bekerja sebagai satu pasukan dan menerima hanya satu arahan. Saya yakin ramai anggota Umno di Selangor boleh bekerja bersama-sama saya," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjong Karang.

Noh dalam pada itu menafikan dakwaan bahawa muka baharu tidak diberi peluang dan ruang dalam Umno Selangor.

Beliau berkata daripada 22 bahagian di negeri itu, hanya satu ketua bahagian tidak dicabar dalam pemilihan parti, sementara bagi Wanita terdapat sembilan muka baharu, Pemuda terdapat 19 muka baharu dan Puteri mempunyai 17 muka baharu.

Kepimpinan Umno Selangor sebelum ini menerima kritikan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurut beliau perlu berundur selepas mengalami kekalahan pada PRU12 dan PRU13.


Tags / Kata Kunci: Umno Selangor , Noh Omar

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan