Lebih Ramai Mangsa Banjir Di Terengganu Dibenarkan Pulang

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 5:17 PM

Anggota Bomba dan Penyelamat membuat rondaan untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan Taman Desa Tanjung Damai yang masih bergenangi air banjir di Kuala Nerus pada Sabtu. -Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di Terengganu semakin surut dengan kira-kira 1,200 orang mangsa banjir ditempatkan di tiga pusat pemindahan telah dibenarkan pulang setakat 4 petang ini.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MSN) Terengganu, seramai 1,521 orang masih berada di pusat pemindahan seluruh negeri berbanding 2,741 orang pagi tadi.
 
"Dengan keadaan cuaca yang begitu baik dan tiada hujan, dijangka lebih ramai lagi mangsa akan dibenarkan pulang," menurutnya.

Empat daripada 10 pusat pemindahan banjir telah ditutup di Kuala Terengganu.

Kuala Terengganu mencatatkan paling ramai jumlah mangsa banjir iaitu 1,521 orang setakat 4 petang ini manakala di Marang terdapat 17 orang masih berada di sebuah pusat pemindahan iaitu di Sekolah Kabangsaan Pasir Puteh dan di Setiu sebanyak 56 orang di sebuah pusat pemindahan di Surau Kampung Nyatoh.
Tags / Kata Kunci: mangsa banjir , Terengganu

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan