Jabatan Agama Islam Negeri Perlu Tetapkan KPI Bagi Kes Cerai, Nafkah, Mutaah

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 5:35 PM

Jamil Khir Baharom.

(Ubah saiz teks)

GURUN: Jabatan Agama Islam di negeri-negeri perlu menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) dalam penyelesaian kes tertangguh melibatkan penceraian, pemberian nafkah dan pembayaran mutaah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ini kerana ada kes yang dibicarakan di Mahkamah Syariah negeri tidak dapat diselesaikan dengan cepat sehingga tertangguh lebih dua tahun.

Beliau berkata menerusi peruntukan undang-undang dan enakmen sedia ada, hakim Mahkamah Syariah boleh mengambil tindakan keras dengan menjatuhkan hukuman penjara kepada suami yang gagal membayar nafkah kepada anak.
 
"Seperti di Wilayah Persekutuan, saya telah meletakkan KPI untuk Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) untuk selesaikan kes tertangguh, dan dalam tempoh dua tahun, kita berjaya selesaikan semua kes yang tertangguh.
 

"Sekarang kita beri tumpuan kepada penyelesaian kes pemberian nafkah dan pembayaran mutaah kepada isteri," katanya kepada pemberita selepas perasmian perlumbaan 'Mountain Bike Gunung Jerai Challenge 2014' di sini, Sabtu.


Jamil Khir yang juga Anggota Parlimen Jerai berkata hakim dan peguam syariah mencukupi untuk menyelesaikan kes tertangguh malah, ada beberapa Mahkamah Syariah mengambil inisiatif bersidang pada hari minggu dan waktu malam.

Menurutnya penyelesaian kes penceraian dan nafkah perlu diutamakan oleh Jabatan Agama Islam negeri berbanding meminda enakmen dan akta di bawah negeri masing-masing.
 
"Kuasa meminda Akta Syariah adalah bidang kuasa negeri-negeri dan kita setuju sekiranya akta dan enakmen dipinda mengikut kesesuaian masa kini. Tetapi soal penguatkuasaan adalah lebih penting," katanya.

Tags / Kata Kunci: Jamil Khir Baharom , nafkah , mutaah , cerai

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan