Aspek 'Hyperconnectivity' Cabaran Besar Umno - Shabery

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 3:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aspek 'hyperconnectivity' atau kesalinghubungan digital menerusi media sosial dan bentuk komunikasi baharu menjadi cabaran besar kepada semua ahli Umno.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ia perlu dihadapi oleh orang politik dan pemimpin parti untuk memahami dunia komunikasi baharu pada masa ini.

"Jika dahulu, nak jumpa 5,000 atau 1,000 orang, kena dapatkan dewan, makan minum dan kena panggil mesyuarat tetapi kini dengan satu mesej yang kita berikan seperti melalui Facebook, ia boleh tersebar dan diterima dengan berkesan.

"Ini menjadikan dunia 'lebih bising' dan orang dilihat 'menjerit' untuk mendapatkan perhatian, malah impaknya juga besar," katanya kepada pemberita pada Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Sabtu.

Persidangan itu dihadiri mahasiswa-mahasiswi  dari dalam dan luar negara sempena Perhimpunan Agung Umno 2014 yang akan berlangsung dari 25 hingga 29 November ini.

Shabery berkata, semua pihak perlu membuat penyesuaian dengan mengadaptasi diri dalam  'hyperconnectivity'.

"Ia (media sosial) akan melihat perkara yang kecil akan jadi besar, besar akan jadi lebih besar lagi. Jadi kita kena buat penyesuaian tentang bagaimana untuk menapis antara yang betul dan tidak betul.

"Dahulu orang buat gosip di kedai kopi tetapi sekarang gosip akan menjadi lebih cepat didengar oleh satu dunia (menerusi media sosial) maka perlu dibuat penyesuaian tentang apa yang perlu diperkatakan dan apa yang perlu kita percayai, dan bagaimana kita menghantar mesej berkenaan dengan berkesan," katanya.

Mengenai persidangan mahasiswa, Shabery berkata, golongan muda telah didedah mengenai dunia baharu itu dan mereka turut memberi pandangan dari pelbagai bidang dan kepakaran menerusi media sosial.

Katanya, Perhimpunan Agung Umno kali ini dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar berkelajuan lebih tinggi dan para pelajar terbabit akan menggunakan aplikasi Whatsapp untuk berkongsi pandangan pada setiap idea-idea yang dikemukakan oleh pemidato.

Ditanya penggunaan Whatsapp itu hanya akan mengakibatkan penglibatan umum berkurangan Shabery berkata, seni pidato masih diperlukan tetapi yang mempunyai peranan penting dalam menyampai mesej untuk diteruskan.

"Bagaimanapun, pada masa yang sama kita perlu belajar untuk menulis mesej pendek yang bersesuai kerana itu yang diperlukan sekarang (dalam media sosial)," katanya. 


Tags / Kata Kunci: Umno

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan