Kerjasama TLDM, TLDB Perkukuh Keselamatan Laut China Selatan

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 3:32 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kerjasama antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) mampu memperkukuh tahap keselamatan perairan, Laut China Selatan, yang dikongsi dua negara tersebut.

Panglima Wilayah Laut 2 Datuk Mohd Rosland Omar berkata pihaknya mengadakan banyak latihan bersama Brunei dan juga negara jiran lain seperti Singapura, Thailand dan Indonesia bagi meningkatkan tahap keselamatan perairan dan maritim negara.

"Impak daripada latihan ini adalah bagi meningkatkan hubungan baik antara kedua-dua negara. Jika ada keperluan membabitkan operasi boleh dijalankan dengan selamat.

"Namun, misi utama kita adalah menjalankan latihan bagi menentukan prosedur operasi standard (SOP) yang terjalin antara kedua-dua negara sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas menutup Eksesais Hornbill siri 24/2014 di Auditorium Markas Angkatan Kapal Selam, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sepanggar dekat sini, Sabtu.

Turut hadir Pemerintah Armada TLDB Leftenan Kolonel (Laut) Mohamad Yusof Masron.

Menurut Mohd Rosland, eksesais tersebut berlangsung sejak 17 Nov lepas dan dikelolakan sepenuhnya oleh TLDB.

Sementara itu, Mohamad Yusof merakamkan penghargaan kepada TLDM kerana banyak membantu TLDB meningkatkan keupayaan tentera laut negara tersebut.

Beliau juga berkata keadaan keselamatan perairan Brunei masih kekal terjamin meskipun pihaknya berhadapan isu pencerobohan rentas sempadan pada skala minimum oleh nelayan negara luar.


Tags / Kata Kunci: TLDM , TLDM

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan