Kawalan Kendiri, Elak Jadi Mangsa Teknologi - SKMM

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 3:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dalam era kemajuan teknologi komunikasi masa kini, masyarakat khususnya generasi muda mestilah bijak melakukan kawalan kendiri maklumat di alam maya, kata Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi.

Beliau berkata kebijaksanaan berfikir sangat penting untuk menganalisis dan memahami maklumat yang diperoleh menerusi Internet sebelum menyebarkannya.

Kegagalan berbuat demikian, katanya boleh menyebabkan seseorang individu berkenaan terdedah kepada bahaya dan implikasi yang tidak dijangka, termasuk menjadi mangsa kepada pihak tidak bertanggungjawab.

"Dengan teknologi baharu yang lebih terbuka, masyarakat perlu berhati-hati menggunakannya. Penting untuk kita fikir, analisa dan fahami sesuatu maklumat, sebelum kita buat keputusan untuk menyebarkannya.

"Yang penting adalah proses berfikir. Jari tidak boleh lebih pantas daripada otak," katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel dalam sesi 'Pengenalan Hyperconnectivity' pada Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2014 (Pemanas 2014) di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Dalam sesi itu, beliau dan empat anggota panel lain berkongsi pandangan mengenai 'hyperconnectivity' atau kesalinghubungan digital yang berlaku di seluruh dunia pada setiap masa.

Mohamed Shahril menarik perhatian bahawa SKMM menerima antara 30 dan 40 aduan kes manipulasi gambar setiap bulan, termasuk dimuat naik ke laman-laman lucah.

Komunikasi tanpa sempadan hari ini membolehkan masyarakat memperoleh maklumat tanpa tapisan selain membuka ruang kepada penyalahgunaan media sosial untuk mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan atau menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Bagi tempoh Januari hingga Ogos, SKMM menerima 1,225 aduan mengenai salah guna laman sosial.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TIME dotCom Afzal Abdul Rahim berkata meskipun 'hyperconnection' membolehkan orang ramai berkomunikasi dan mencari maklumat dengan mudah, ia mestilah diseimbangkan dengan penuh tanggungjawab.

Berpendapat bahawa dunia Internet perlu bersifat bebas dan tidak disekat, Afzal berkata terserah kepada pengguna dan pembaca untuk menilai kandungannya.

Pemanas 2014, yang diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2014, menghimpunkan 240 mahasiswa dari dalam dan luar negara bagi berkongsi fikiran mengenai isu-isu semasa.


Tags / Kata Kunci: SKMM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan