KPDNKK Jangka Harga Bahan Api Lebih Rendah Disember Ini

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 5:23 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjangka harga bahan api akan lebih rendah Disember ini berdasarkan analisis pasaran minyak semasa melalui kaedah pengapungan terkawal. 

Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, jangkaan penurunan itu dibuat berdasarkan rekod bermula 1 hingga 17 November lalu di mana harga semasa bahan berkenaan ialah RM2.27. 

"Harga minyak ada naik turun dan penentuan harga berdasarkan mekanisme harga automatik (MHA) yang akan memantau harga minyak dunia setiap hari. 

"Harga pasaran mengikut MHA ialah RM2.27 dan kalau trend ini kekal, harganya dijangka lebih murah berbanding sekarang iaitu RM2.30," katanya kepada pemberita selepas Program As Syura dan kunjungan Pasaraya Giant di sini, Sabtu. 

Semalam Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, penetapan harga runcit untuk bahan bakar tersebut mulai 1 Disember akan ditentukan melalui kaedah pengapungan terkawal.

Alias berkata, rakyat negara ini tidak perlu bimbang kerana bahan api itu dijangka turun sehingga tahun depan memandangkan harga minyak dunia kini sekitar 80 US dolar setong.

"Sekiranya harga bahan api itu meningkat di pasaran dunia, kerajaan akan mencari kaedah lain untuk tidak membebankan rakyat," katanya. 

Katanya, jika harga bahan api itu murah, kerajaan tidak perlu lagi memberi subsidi seperti sekarang, iaitu sekitar RM0.60 setiap liter. 

Di Jeli, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan yakin rakyat memahami dengan jelas kenapa kerajaan menghapuskan subsidi petrol RON95 serta diesel mulai 1 Disember ini.

Menurutnya, subsidi berkenaan tidak boleh diberikan selamanya kerana peruntukan itu perlu digunakan untuk membangunkan negara.
 
"Wang yang diselamatkan ini boleh digunakan untuk pembangunan negara seperti kesihatan dan sekolah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Maal Hijrah dan Khatam al-Quran Peringkat Parlimen Jeli hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Jeli, Datuk Mohd Adhan Kechik yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bunga dan ADUN Kuala Balah, Datuk Abdul Aziz Derashid.

Mustapa berkata kaedah pengapungan itu akan dilakukan secara terarah dan terkawal dan jika dilihat kepada pasaran minyak dunia, harga bahan bakar itu boleh dikurangkan.
 
"Isu subsidi ini perkara besar dan kita ambil contoh apa yang berlaku di Indonesia apabila harga bahan bakar itu naik sehingga 30 peratus dan kerajaan kita sangat berhati-hati bagi tujuan itu," katanya.
Tags / Kata Kunci: KPDNKK , RON 95

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan