Pemuda BN Sedia Tentang Pihak Manipulasi Perjanjian Malaysia - Khairy

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 9:55 PM

Ketua Pemuda Barisan Nasional Malaysia Khairy Jamaluddin bersama Ketua Pemuda Barisan Nasional Sarawak Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan) menunjukkan resolusi Pemuda BN seluruh negara selepas merasmikan program Retreat Pemukiman Pemuda Barisan Nasional 2014 di Kuching pada Sabtu. -Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pemuda Barisan Nasional (BN) terus komited untuk menegakkan Perjanjian Malaysia 1963 bagi memastikan tiada pihak cuba memanipulasinya khususnya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang. 

Pengerusi Pemuda BN Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata semua anggotanya akan dilengkapi pemahaman penuh berhubung dengan perjanjian itu. 

Ini bagi menangkis cubaan pihak-pihak yang cuba menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak, katanya. 
 
"Kita komited kepada perjanjian yang dibuat untuk kita menubuhkan Malaysia...bahawa Malaysia ini ditubuhkan oleh Semenanjung (Tanah Melayu), Sabah dan Sarawak. 
 
"Bukannya Sabah dan Sarawak yang menyertai Malaysia," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Pemukiman Pemuda BN di sini hari ini. 

Menurutnya perkara ini juga terkandung dalam resolusi yang dibuat dalam program itu yang akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan tertinggi BN. 
 
"Kita (mahu membuktikan golongan muda BN) tahu (dan memahami perkara yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia) dan kita akan menegakkan segala perjanjian dan segala persetujuan di bawah tema gagasan Malaysia ini," katanya. 

Khairy berkata semua anggota Pemuda BN yang menghadiri program itu turut menyatakan komitmen untuk menentang habis-habisan usaha "kumpulan pemisah" di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ini. 

Menurutnya Pemuda BN juga akan meminta Kerajaan Persekutuan meminda peraturan supaya kategori "Bumiputera Sabah dan Sarawak" dimasukkan dalam borang-borang rasmi menggantikan pilihan "dan Lain-Lain" atas dasar untuk mengukuhkan lagi perpaduan di antara kaum di negara ini. 

Tags / Kata Kunci: Pemuda BN , Perjanjian Malaysia

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan